Isnin, Mac 19, 2018

Menteri Besar Selangor, Azmin Ali yang sebenarnya menghina PAS apabila bertindak menyekat peruntukan ADUN mereka, bidas Pesuruhjaya Negeri,  Sallehen Mukhyi. 

Sallehen menjelaskan, tindakannya mengutuskan surat kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dibuat kerana menyedari institusi tersebut adalah 'payung' yang mampu menegakkan keadilan kepada wakil rakyat mereka.
"Ini (sebenarnya) merupakan satu penghinaan kepada mereka (ADUN PAS). Hari ini (semalam) saya difahamkan apabila kita telah menghantar surat kepada istana, kita hantar surat sekadar memaklumkan kepada Tuanku atas apa yang telah berlaku kerana Tuanku merupakan payung keadilan kepada rakyat.
"Kepada siapa kita nak hantar nak mengadu cerita yang betul, apa yang berlaku kerana masalah sebelum ini diberitahu kepada kita sangat tidak tepat.
"Kita tanya kepada MB dia kata jumpa kepada DO (pegawai daerah), jumpa DO dia kata jumpa MB, begitulah keadaanya.," katanya ketika menyampaikan ceramah sempena 10 tahun PAS dalam kerajaan negeri Selangor, malam tadi.
Terdahulu, Azmin pada semalam menganggap tindakan Sallehen melibatkan pihak istana dalam isu pembekuan peruntukan terhadap 13 ADUNnya di negeri itu sebagai satu penghinaan kepada institusi diraja Selangor.

Reaksi Azmin itu sebagai maklum balas terhadap tindakan Sallehen pada Isnin lalu yang telah mengemukakan surat rasmi kepada Sultan Sharafuddin,  berhubung tindakan kerajaan negeri itu.

Sallehen sebelum itu memberitahu Antarapos, tindakannya itu adalah bagi memaklumkan tekanan yang dihadapi wakil rakyat PAS.

Ujar Sallehen, pihaknya sudah memberikan masa yang secukupnya pada Azmin namun sudah masuk bulan ketiga (Mac), hak ADUN PAS untuk mendapat peruntukan wakil rakyat terus dinafikan.
Categories: , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping