Isnin, Februari 19, 2018

Pegawai Khas Tan Sri Khalid Ibrahim tampil mempersoal kewajaran Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali dalam menyerahkan tanah peneroka Ijok kepada dua syarikat yang sudah kalah kes di mahkamah.

Faekah Husin mendakwa Azmin mengambil langkah ‘bailout’ untuk menyelamatkan dua syarikat, LBCN Development Sdn Bhd dan Mujur Zaman Sdn Bhd yang berdepan hutang berlambak kerana sudah kalah kes di mahkamah malahan tanah juga dirampas.
“Apakah ‘jasa’ kedua syarikat sehingga Kerajaan Negeri sanggup menyelamatkan mereka yang hampir dijerut oleh bank-bank kerana hutang yang melambak? Bukankah ini salah satu bentuk ‘bailout’ namanya?” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Menurut Faekah, Rejim Pakatan Selangor tidak sepatutnya bersetuju untuk membuat penyelesaian di luar mahkamah memandangkan dua syarikat itu melanggar pelbagai undang-undang tanah serta gagal untuk meneruskan projek perumahan seperti yang dijanjikan kepada peneroka dan ribuan pembeli rumah.
“Dengan rekod yang begitu buruk, Kerajaan Negeri tidak sepatutnya bersetuju untuk membuat penyelesaian luar mahkamah bersama kedua-dua syarikat tersebut, apatah lagi, keputusan di peringkat Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan menyebelahi Kerajaan Negeri.
“Jika diteliti dokumen penyelesaian luar mahkamah yang sudah tular di internet, Kerajaan Negeri bersetuju untuk menarik balik semua notis rampasan yang bermakna kedua-dua syarikat tersebut mendapat semula hak kepada tanah yang terlibat yang kemudiannya kerajaan negeri memberi kebenaran kepada syarikat menjual tanah tersebut kepada pihak ketiga, sekali gus turut bergembira apabila syarikat yang telah mengkhianati peneroka dan pembeli rumah ini mendapat keuntungan besar,” katanya lagi.
Terdahulu, Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan mendesak Azmin agar menjelaskan isu penjualan tanah peneroka di Ijok kepada dua syarikat swasta di mana menurut beliau, terdapatnya beberapa perkara yang berlaku di luar kebiasaan berhubung isu pembelian tersebut.

Menurut Rahman, pada zaman pemerintahan Khalid, tanah yang dibeli oleh dua syarikat, iaitu Mujur Zaman dan LBCN Development sebenarnya telah pun dipulangkan kembali kepada kerajaan negeri ekoran dua syarikat tersebut telah melanggar beberapa perjanjian antaranya ialah tidak melaksanakan projek perumahan dan tidak membayar pampasan kepada peneroka selama 10 tahun.
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping