Kesian! Hasrat hati dia nak menarik perhatian dari kepimpinan tertinggi DAPigs untuk menunjukkan kesetiannya kepada perjuangan parti itu. Tapi malangnya, tiada siapa yang sudi menyokong.
Tindakan itu membuatkan Zaid Ibrahim terpaksa mencipta alasan keselamatan diri dan keluarga berikutan komen yang dibuat awal minggu ini berkenaan teguran Sultan Selangor kepada bekas perdana menteri Tun Mahathir.
Zaid di Twitter berkongsi keadaannya ketika ini dan berkata, “nampaknya saya tiada kawan yang mahu berada di samping saya di waktu sukar ini. Saya akan cuba bertemu TPM Zahid Hamidi sebaik sahaja beliau sudi. Lagipun ini mengenai keselamatan saya dan keluarga,” katanya di Twitter malam tadi.
Beliau bagaimanapun tidak menghuraikan catatan itu, namun dipercayai merujuk kenyataan rakan separti Tony Pua, yang dilaporkan berkata ahli DAP “bebas menyuarakan pandangan mereka tetapi mesti sedia berdepan akibatnya.”
Perkembangan yang menimpa Zaid ini beberapa hari selepas peguam itu dalam catatan blognya berkata “Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bersendirian dan tidak mempunyai ramai kawan dalam partinya, Umno.”
Kontroversi itu tercetus awal minggu ini apabila Sultan Selangor dilaporkan berkata agenda politik Dr Mahathir didorong “kebencian” dan akan “membakar seluruh negara dengan api kemarahannya”.
Menjawab teguran itu, Zaid di Twitter berkata Sultan Selangor “seharusnya lebih berhati-hati dengan kata-katanya. Tidak ada sesiapa yang kebal apabila negara terbakar”.
Kenyataan itu mengundang kemarahan, terutamanya daripada Umno yang mahu tindakan diambil terhadap Zaid kerana kritikan terhadap Sultan.
Pengerusi Umno Selangor Tan Sri Noh Omar berkata Umno Selangor akan menunjuk perasaan pada Ahad untuk menyokong dan mempertahankan Sultan Sharafuddin.
Semalam, Ketua Polis Negara Tan Sri Fuzi Harun berkata Zaid mungkin disiasat tidak lama lagi bawah Akta Hasutan dan Akta Komunikasi dan Multimedia berdasarkan laporan polis yang dibuat terhadapnya.
raja payung dan pelindung rakyat..terutama orang melayu..sbb itu dapigs tak berani nak masuk campur kecuali yang sorang dua yg fikir mereka akan di beri sokongan dgn perbuatan mereka..
BalasPadam