Selasa, Disember 26, 2017

Pulak dah!!! Kenapa Si Azmin Ali tu tak nak bertanding di Parlimen Pekan dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang? Hari tu bukan main bongkak lagi dia buat kenyataan terbuka.

Kata Si Azmin, dia yakin sekiranya bertanding di Parlimen YAB Perdana Menteri itu, Pakatan Haprak akan mendapat kemenangan yang cukup besar dalam PRU yang akan datang.

Malah Timbalan Presiden PKR itu mendakwa, tindakan itu merupakan satu langkah yang 'Paling Strategik' bagi parti pimpinan Wan Azizah untuk mencalonkan dirinya di Parlimen Pekan.

Tapi dalam satu laporan yang disiarkan semalam, Si Ezam Kotak tu pulak menyatakan hasrat untuk bertanding di Parlimen yang sama bagi mewakili NGO yang Pro Pakatan Haprak tu.

Menurut laporan yang disiarkan, NGO terbabit, Hisbah Centre for Reform atau lebih dikenali sebagai Hisbah itu mendesak agar bekas pengikut PKR itu kembali ke Malaysia serta merta.
“Lembaga telah meminta Ezam menamatkan khidmat beliau di Hisbah Cabang Jakarta dan tugas pengajian di beberapa universiti di Yogyakarta dan Surakarta serta merta dan kembali menumpukan usaha sepenuhnya di Malaysia mulai Januari 2018,” jelas laporan tersebut.
Sebagai rekod, Ezam sebelum ini pernah menyertai PKR dan menjadi Hulubalang kepada Si Ketua Penipu tu sebelum dia keluar dari parti kerana tidak mendapat sebarang kedudukan istimewa.

Ezam juga pernah mendakwa kononnya dia mempunyai berkotak - kotak bukti terhadap penyelewengan yang mempunyai kaitan dengan Si Ketua Penipu tu sewaktu dia masih bersama PKR.

Namun Ezam pernah dilabelkan sebagai 'Pelacur Politik' oleh Si Ketua Penipu itu hanya semata - mata kerana dia mengambil tindakan keluar dari parti yang penuh dengan amalan kronisme itu.

Kemudian Ezam menyertai UMNO dan dilantik menjadi Senator Dewan Negara. Namun malangnya, sehingga ke hari ini, bukti berkotak - kotak yang didakwa oleh Ezam tidak juga didedahkan.

Malahan, Ezam bertindak keluar dari UMNO dan menyertai Gerakan Selamatkan Malaysia yang dipengerusikan oleh Tun Mahathir serta dilantik menjadi Ahli Jawatankuasa Tertinggi PPBM.

Tidak lama selepas itu Ezam sekali lagi mengambil keputusan untuk keluar parti dan menubuhkan parti baru bersama Khairuddin Botoks tetapi kemudian dia meninggalkan parti itu dengan alasan kononnya tidak mendapat kelulusan daripada pihak ROS.
Categories: ,

2 ulasan:

  1. Biarkan. Menarik juga nak tengok kalau Ezam ni hilang deposit. Tak banyak, 10k je. hahaha

    BalasPadam
  2. agak 2 nk kalah brp kotak

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping