Sabtu, November 18, 2017

Nampak gayanya, kepincangan dikalangan kepimpinan PKR hari ini semakin bertambah parah apabila mereka mengumumkan pengagihan kerusi Pilihan Raya tanpa sebarang konsensus.

Perkara itu dapat dilihat dengan jelas apabila dikalangan pemimpin parti itu sendiri bercanggah pendapat berkaitan dengan pengagihan kerusi dikalangan puak Pakatan Haprak tu sendiri.

Jika semalam, Si Azmin Ali tu mendakwa PKR sedia memberikan laluan kepada PPBM dan PAN untuk bertanding dibeberapa kerusi mereka dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang.

Kenyataan Si Azmin itu menjadi bahan persoalan apabila ianya dibuat tanpa sebarang konsensus muktamad dari pucuk pimpinan parti itu sendiri. Dan ia bukan kali pertama dilakukannya.

Bagi sesetengah pihak yang mempertikaikan keputusan Si Azmin itu hanya menganggap ianya sebagai kenyataan peribadi dan bukan keputusan pucuk pimpinan parti.

Bahkan ada juga yang mendakwa kononnya Si Azmin tu hanya sekadar mahu menyelamatkan kedudukkan dirinya sebagai Menteri Besar Selangor semata - mata.

Menurut mereka, Azmin tidak mempunyai kuasa untuk membuat pengumuman seperti. Sebaliknya, ia perlu diumumkan secara terbuka oleh pucuk pimpinan Pakatan dalam satu kenyataan bersama.

IRONIKnya, keputusan Si Azmin itu dilihat bercanggah dengan apa yang pernah dinyatakan oleh Rafizi yang mendakwa kononnya dia yakin PKR dan DAPigs tidak akan menyerahkan kerusi mereka.

Kata Rafizi, jalan penyelesaian berhubung isu pembahagian kerusi itu hanya boleh dimuktamadkan melalui pengundian perwakilan yang diadakan disetiap cabang seluruh Negara.
“Hanya dengan keputusan dimuktamadkan mengikut kaedah kongres khas ini, barulah kita boleh berlaku adil kepada rakyat Malaysia, rakan Pakatan Harapan dan diri kita sendiri,” kata Rafizi yang mengakui perbezaan pendapat itu berlanjutan terlalu lama melalui laman blognya.
Secara tidak lansung, percanggahan itu membuktikan bahawa PKR pada ketika ini memang benar - benar sedang berada didalam kemelut kepimpinan yang sangat kronik kerana masing - masing sibuk nak menjaga kepentingan Politik Peribadi mereka sendiri!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping