Selasa, November 21, 2017

"Mengurus Negeri Mengikut Kemampuan Tanpa Mengabaikan Kepentingan dan Kebajikan Rakyat". Demikian tema bagi pembentangan Bajet Negeri Pahang 2018 kali ini.

Pembentangan bajet itu dibuat Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang, Dato' Sri DiRaja Haji Adnan bin Yaakob sewaktu persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang hari ini.

YAB Menteri Besar Pahang memaklumkan bahawa Kerajaan Negeri menganggarkan Kutipan Hasil berjumlah RM 700.64 juta manakala Perbelanjaan Mengurus sebanyak RM 700.04 juta.

Malah MB Pahang juga turut menegaskan bahawa Kerajaan Negeri masih lagi merupakan diantara penyumbangan terbesar kepada Kadar Dalam Negara Kasar iaitu sebanyak 4.4 peratus.

Tegas beliau, Kerajaan Negeri dibawah pimpinannya akan tetap meneruskan program mensejahterakan rakyat disamping mengambil berat terhadap keperluan golongan yang memerlukan.

Selain itu, Kerajaan Negeri juga tetap akan meneruskan projek perumahan mampu milik (PR1MA Pahang) disamping memberikan subsidi bekalan air seperti mana yang sedia ada pada ketika ini.

Sebelum itu, Dato' Sri DiRaja Haji Adnan turut mengucapkan tahniah kepada YAB Perdana Menteri kerana telah berjaya membentangkan Bajet Negara 2018 yang dianggap terbaik setakat ini.

Beliau juga mengucapkan terima kasih diatas kelulusan pembinaan wad Wanita dan Kanak - Kanak di Hospital Tengku Ampuan Afzan serta peruntukan sebanyak RM 230 juta bagi meneruskan projek Central Spine Road bagi jajaran Raub ke Bentong.

Dalam masa yang sama, YAB Menteri Besar Pahang juga turut mengumumkan Pemberian Bantuan Khas sebanyak RM 1,500 seorang kepada 8,000 orang penjawat awam diseluruh negeri.

Secara kesimpulannya, Negeri Pahang yang mengalami pertumbuhan ekonomi sebanyak 4.2 peratus sebelum ini membuktikan bahawa Kerajaan sentiasa mengamalkan perbelanjaan pengurusan berhemah dan tidak seperti mana yang didakwa oleh pihak pembangkang!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping