Selasa, Oktober 17, 2017

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Muhtar Suhaili berkata kenyataannya yang menggesa agar Tun Mahathir disiasat di bawah Akta Hasutan baru-baru ini adalah sebagai mewakili kaum Bugis yang menentang sifat rasisme bekas perdana menteri itu.

Ujarnya, kenyataan Dr Mahathir sewaktu berucap di Himpunan Sayangi Malaysia Hapuskan Kleptokrasi pada Sabtu lalu secara jelas bersifat rasis kerana menyentuh perihal sesuatu kaum.
“Cuba bayangkan jika perkataan ‘Bugis’ dalam ucapan Tun M tersebut ditukar menjadi ‘Cina’, pasti gegak gempita DAP dan sekutunya.
“Saya tidak membenci Tun M, saya juga tidak mempertahankan Datuk Seri Najib, saya cuma tidak bersetuju dengan kenyataan perkauman yang dikeluarkan oleh Tun M sebagaimana saya juga tidak setuju dengan Datuk Seri Zahid yang pernah menyentuh asal usul kaum Tun M,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Muhtar dalam kenyataannya beberapa hari lalu menggesa pihak berkuasa menahan Dr Mahathir mengikut Akta Hasutan 1948 berhubung ucapan tokoh itu pada himpunan anti-kleptokrasi, Sabtu lalu.

Katanya, ucapan bekas perdana menteri itu jelas bukan sahaja menghina Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tetapi adalah melampau dan disifatkan sebagai kurang ajar.

Beliau merujuk kepada ucapan Dr Mahathir yang juga adalah pengerusi Pakatan Harapan yang dipetik sebagai menggesa Najib supaya balik ke Sulawesi, tempat asal bagi mereka yang berketurunan Bugis.

Dalam pada itu, Muhtar yang juga Setiausaha PAS Sarawak berkata, Akta Hasutan sering kali digunakan semasa zaman Dr Mahathir secara salah untuk menghukum musuh politik yang tidak sealiran dengan pemerintah, yang mana dibantah pelbagai pihak.

Sementara itu, bekas Ketua Pemuda PAS, Nik Abduh juga turut menyelar tindakan Pengerusi Pakatan Haprak itu sambil mendakwa bekas Perdana Menteri itu tidak berfikiran waras.

Malah, Nik Abduh juga turut menyifatkan bekas Perdana Menteri itu tidak memahami tentang asal usul sejarah mengenai perjuangan masyarakat Bugis di Malaysia suatu ketika dahulu.
“Penjajah dulu memang sakit hati dengan Bugis kerana kepahlawanan mereka menentang penjajah. Penjajah lalu melabel Bugis sebagai lanun.
“Bila sebut Bugis, saya ingat ‘pahlawan’. Sampai sekarang orang baik-baik akan memanggil Bugis sebagai pahlawan. Adapun orang yang otak senget atau senget otak, mereka akan memanggil Bugis sebagai lanun Bugis,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Persatuan Bugis Johor telah membuat satu laporan polis di Batu Pahat pada 3 petang semalam manakala dua laporan lagi masing-masing oleh Persatuan Bugis Kota Tinggi dan Persatuan Bugis Benut dibuat di balai berasingan hari ini.
Categories:

1 ulasan:

  1. Sumbat saja dalam penjara kalau dibiarkan akan bertambah celupar mulutnya,kalau tua buat cara tua kalau dah habis jadi pm buat cara habis jadi pm kenapa dok sibuk lagi ,tak cukup lagika duit dah berbillion2 masuk poket keluarga.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping