Ahad, Oktober 08, 2017

Baru semalam kita berbicara soal Politik Longkang yang diamalkan oleh Si Azmin Ali ni selaku Menteri Besar Selangor. Dia yang suka bermain Politik dengan cubaan mahu menutup kelemahannya sendiri.


Maka tak hairan la sekiranya ada dikalangan rakyat yang menganggap Si Azmin Ali ni terlebih dahulu melongkangkan dirinya dengan kenyataan - kenyataan yang kurang cerdik sejak kebelakangan ini.

Dalam kes perobohan rumah dua orang bekas pegawai Masjid Lapangan Terbang Antarabangsa Subang baru baru ini, Azmin dilihat menyalahkan Tan Sri Noh Omar yang juga merupakan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor.

Menurut laporan, 2 kali memorandom di hantar ke Pejabat Menteri Besar namun ianya di pandang sepi dan tidak diendahkan oleh Azmin hinggalah kediaman mereka dirobohkan baru baru ini.

Bak kata Sangkakala Jari 9, jika Azmin ingin menyalahkan Noh Omar kononnya tanah tersebut adalah milik sebuah Syarikat melalui pajakan dan tanah tersebut atas nama Penguasa Tanah Persekutuan, rasanya adalah amat tidak tepat.
"Ini kerana, Azmin adalah penguasa tanah dalam negeri Selangor dan beliau mampu untuk menahan atau menghalang perobohan kediaman ini sehinggalah dua buah keluarga ini mendapat kediaman yang baru.
"Tapi oleh kerana keangkuhan Azmin sendiri, maka kedua dua keluarga ini diperlakukan tidak seperti manusia oleh kerajaan negeri hingga sanggup membiarkan pihak Pejabat Tanah dan Daerah mengambil tindakan perobohan.
"Selaku orang yang berkuasa di dalam negeri, adalah amat mustahil jika Pegawai Daerah tidak mempedulikan arahan dari Azmin jika Menteri Besar itu menghalang Penguatkuasa Tanah daripada melakukan perobohan kediaman berkenaan. 
Katanya, setelah kedua dua rumah itu dirobohkan, barulah Azmin bersuara dengan memberikan kediaman berupa rumah PPR di Seksyen 8 Kota Damansara sedangkan YB Datuk Hajah Halimaton (ADUN Kota Damansara) telah pun membuat rundingan dengan pihak KPKT bagi mendapatkan kediaman sewa beli di PPR Lembah Subang 2.
"YB Halimaton juga telah menghantar surat permohonan pengangguhan perobohan namun penguatkuasa dibawah pimpinan Azmin Ali lansung tidak memberikan maklumbalas."
Ini ke slogan Peduli Rakyat dan Negeri Berkebajikan yang dilaungkan? Peduli yang bagaimana dan Kebajikan yang macam mana sedang di jalankan oleh kerajaan di bawah Azmin hari ini? Lebih baik Si Azmin tu melongkang diri sendiri dari nak salahkan orang lain!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping