Halaman

Isnin, Oktober 09, 2017

BEBAS KELUAR DARI PARTI "BUDAK HINGUSAN"!!!

Hati siapa yang tak rasa bebas sekiranya mereka berjaya melepaskan diri dari belenggu Politik Sempit yang menjadi amalan pemimpin seperti Si Budak Hingusan dalam PPBM tu.

Itulah yang dirasai oleh bekas Naib Presiden PPBM selepas dia mengambil keputusan untuk meninggalkan parti yang turut ditubuhkan bersama - sama dengan Tun Mahathir sebelum ini.
“Alhamdulillah, Allah lorongkan hati saya untuk buat keputusan keluar daripada menjadi ahli dalam parti politik dan kini tidak berada dalam mana-mana parti politik,” katanya.
Malah Kak Midah juga mendakwa dirinya tidak lagi dibelenggu dengan masalah dan kerenah politik selepas keluar dari parti pimpinan Tun Mahathir itu pada pertengahan September yang lalu.

Dalam pada itu, Hamidah, bekas Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Gopeng bertanya, bilakah semua yang terlibat dalam politik kepartian dapat berpolitik secara matang dan rasional.
“Saya tengok kita kini terlalu mengamalkan politik ekstrem dan taasub sehingga cuma kerana kita berada dalam parti itu apa saja yang dibuat oleh pemimpin dan parti yang kita anggotai itu betul dan apa juga yang sebelah parti lawan itu semua tidak betul,” ulasnya.
Terdahulu, bekas Naib Presiden PPBM itu mendakwa dia sudah muak dengan kerenah pemimpin parti PPBM yang didakwa hanya sekadar taksub kepada seorang individu tertentu sahaja.

Malah, Kak Midah juga turut mendakwa bahawa dia turut kecewa dengan sikap kurang ajar dan tidak menghormati orang tua seperti mana yang ditonjolkan oleh Ketua Armada PPBM itu.
Dalam erti kata mudahnya, kenyataan Kak Midah itu membuktikan bahawa PPBM bukan la parti yang hebat sangat sepertimana yang cuba dibangga - banggakan selama hari ini. Sebaliknya, tindakan Kak Midah itu menunjukkan bahawa PPBM pun bukan parti yang boleh dipercayai!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.