Ahad, September 17, 2017

Wah! Mulia sungguh jiwa Si Menteri Besar Selangor ni sehingga dia sanggup menyerahkan kerusi PKR kepada PAN dan juga PPBM bagi menghadapi Pilihan Raya Umum yang akan datang.

Kenyataan itu dikeluarkan oleh Azmin selaku Timbalan Presiden PKR sewaktu ditanya oleh pihak media berhubung isu pembahagian kerusi dikalangan puak Pakatan Haprak tu baru - baru ini.

Kata Si Azmin, PKR bersedia untuk membuat pertimbangan mengenai perkara tersebut sebagaimana yang pernah dilakukan oleh DAPigs dan PAS pada suatu ketika dahulu kepada PKR.
"Semasa kita bertanding pada 1999, kita tiada kerusi. Namun DAP dan PAS berbesar hati menyerahkan beberapa kerusi kepada kita. Jadi atas semangat kerjasama PH, saya kira kita akan pertimbangkan beberapa permintaan oleh Amanah dan PPBM," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Dialog Malaysia Baru di Muzium Sultan Alam Shah, Shah Alam, petang tadi.
Tapi IRONIKnya, Si Azmin Ali tu juga yang beria - ia nak mengadakan rundingan dengan PAS berkaitan isu pengagihan kerusi diantara PKR dan PAS tanpa melibatkan parti lain dalam Pakatan.

Maka soalnya, adakah Si Azmin ni cuba nak 'Main Kayu Tiga' dengan mendakwa kononnya PKR sanggup beri kerusi kepada PAN dan PPBM tapi dalam masa yang sama, dia nak ambik kerusi PAS pula?

Dan yang menjadi persoalannya, adakah Si Azmin tu sendiri sanggup melepaskan salah satu kerusinya untuk diberikan kepada rakan sekutu PKR dalam Pakatan dan hanya bertanding satu kerusi sahaja?

Sebagai rekod, Si Azmin Ali tu pada ketika ini secara peribadi memegang dua kerusi, satu kerusi DUN Bukit Antarabangsa dan satu lagi kerusi Parlimen Gombak yang dahulunya milik PAS.

Jika dilihat dari kenyataan yang dibuat oleh Si Azmin tu sebelum ini, dia sanggup melepaskan kerusi Parlimen Gombak dan berhajat nak bertanding di kawasan Parlimen Pekan.

Sekiranya benar Si Azmin tu sanggup berkongsi kerusi dengan PAN ataupun PPBM, mengapa tidak dia berikan kerusi Parlimen Gombak kepada mereka dan dia sendiri bertanding di Pekan? Atau, adakah Si Azmin Ali tu hanya pandai Cakap Besar je!!!
Categories: ,

5 ulasan:

  1. Azmin tu MB dan kalau tawan puteraja layak sebagai PM atau sekurang kurangnya TPM atau Menteri Kanan.

    Semut hitam pecacai, takkan tercapai otak politik berbanding pwrcaturan politik Azmin.

    Cermin sikit, boleh?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jadi, takde alasan la dia tak boleh nak bertanding di Parlimen Pekan kan? Di Selangor, dia boleh jadi MB. Bertanding di Pekan, kemungkinan dia boleh jadi PM. Amacam? Ada beran??? Hahaha!!!

      Padam
    2. Langkah Kejang boleh la! Yang sebetulnya dia dah tak yakin boleh kekal jadi MB Selangor.
      Bila kalah di Pekan nanti dah ada alasan, lawan Presiden UMNO la, dia aja la yang berani la, 40k Bangla la, black out la.
      Diorang ni memang otak penipu, itu yang diorang ingat orang lain nak menipu jugak.
      Ni semua wayang aja.

      Padam
    3. Betui tu Semut Hitam...Gua sokong sngtx2....tp drpad kelakuan Jemin yg lpsx3 rasanya ramai yg dh tau yg Jemin ni sebenaqnya klu dengaq dia cakap pokok pn boleh tumbang..padahal penakut...

      Padam
  2. Melayu ramai yg tidak bijak berpolitik.Masih tidak tahu dan dpt mbezakan yg betul dan salah. Negara makin kucar kacir dan bmasalah kerana tlalu takut membuat perubahan. Seolah2 org melayu musnah jika tidak menyokong melayu. Kita memilih individu dan parti yg tidak sarat dgn masalah dan boleh mbela rakyat. Bukan rakyat sbg hamba kpd pemerintah. Ini negara milik kita bsama. Kekayaan negara perlu dirasai bsama. Masih xnampak lagi ke apa yg telah berlaku. Masih percaya lagi walau telah terang lagi bersuluh. Rakyat indonesia lebih cerdik memilih kerajaan dari rakyat malaysia yg masih spt katak bawah tempurung

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping