Jumaat, Ogos 11, 2017

Penyelaras SAMM membuat dakwaan wujudnya 'percanggahan' kenyataan di antara pimpinan PKR Kelantan mengenai peletakan jawatan wakil parti di negeri tersebut mengundang satu lagi krisis baru.

Si Chagubard itu berkata, dia 'diberitakan' bahawa Pengerusi PKR Kelantan bertindak memecat Ketua Komunikasi PKR Kelantan ekoran mengeluarkan kenyataan tanpa berbincang dengan kepimpinan negeri terlebih dahulu. 
"Diberitakan Ketua Penerangan PKR Kelantan dipecat oleh Pengerusi Perhubungan Kelantan kerana mengeluarkan kenyataan berkenaan perletakan jawatan lantikan politik di Kelantan sesuai dengan keputusan PKR Pusat. 
"Nampaknya Pengerusi PKR Kelantan ini memang kartel (Datuk Seri) Azmin.. arahan (Datuk Seri Dr) Wan Azizah diketepikan malah sanggup pecat siapa ikut arahan Azizah," katanya dalam satu posting di laman Facebook.
'Percanggahan' kenyataan bermula apabila Azihan memberitahu bahawa Majlis Pimpinan PKR Kelantan mengadakan mesyuarat khas pada 17 Mei dan 5 Jun lalu dan mengambil ketetapan bersetuju menerima keputusan Biro Politik PKR Pusat.

Azihan juga menyenaraikan enam pemimpin PKR Kelantan yang disenaraikan sebagai ahli majlis daerah tetapi belum mengangkat sumpah, membuat keputusan untuk tidak berbuat demikian.

Susulan itu, Abdul Aziz kemudian tampil menyangkal kenyataan berkenaan, sambil menegaskan bahawa PKR Kelantan masih belum ada kepastian mengenai peletakan jawatan bagi lantikan politik dalam kerajaan pimpinan PAS itu. 

Sementara itu Presiden PKR dalam responnya yang dipetik daripada Malaysiakini memaklumkan, lantikan politik di Kelantan masih menunggu tunggakan bayaran yang sepatutnya dijelaskan kerajaan negeri.

Si Tunggul Kayu itu menjelaskan sebelum ini semua wakil PKR jawatan lantikan Politik itu menggunakan wang mereka sendiri bagi membantu rakyat di kawasan masing - masing.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Si Chagubard yang juga bekas Ketua Cabang PKR Rembau itu memberikan respon yang cukup sinis menyindir kenyataan yang dibuat oleh Wan Azizah.
"PKR bising pasal PAS di Selangor. PAS di Selangor tentu dapat pelbagai jawatan mewah dengan gaji besar susah nak lepas. Ini PKR di Kelantan dapat jawatan kecil dengan gaji ciput pun payah nak lepas," tulisnya. 
Untuk rekod, peletakan jawatan wakil PKR dalam Rejim PAS Kelantan yang masih belum terlaksana hingga kini sungguhpun arahan rasmi serta merta mengenainya telah dikeluarkan hampir tiga bulan lalu oleh Biro Politik PKR yang dipengerusikan oleh Wan Azizah.
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

SH mohon maaf kerana terpaksa me'moderate'kan ruangan komen ini kerana ada komen datang dari sumber yang tidak dapat dikenal pasti.

Komen la banyak mana yang korang nak komen. Bagi la pandangan korang mengenai isu yang dibangkitkan. Insya Allah SH akan approve semuanya. KECUALI yang jelas melanggar Akta SKMM.

Sekian, terima kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping