Jumaat, Ogos 18, 2017

Aduhai! Mudah sangat nak jawab dakwaan yang dibuat oleh Ketua Pemuda PPBM ni. Memang patut sangat la ramai orang melabelkan dia sebagai seorang 'Budak Hingusan' dalam Politik.

Jika sebelum ini, salah seorang Exco Armada membuat kenyataan menafikan kononnya kekecohan yang berlaku sewaktu program Nothing To Hide 2.0 anjuran PPBM itu berpunca dari orang luar.

Sebaliknya, Exco kepada sayap PPBM itu mendakwa kekecohan itu dilakukan dikalangan ahli parti itu sendiri yang menjadikan dia sebagai sasaran, bukannya ditujukan kepada Tun Mahathir.


Namun, kenyataan yang dibuat oleh Exco Armada itu disangkal oleh Ketua Pemuda PPBM yang melabelkan kenyataan tersebut sebagai satu penipuan dan pembohongan secara terbuka.
"Jangan cuba menipu. Kenapa dia sasaran utama? Flare (suar) dibaling ke arah Tun. Kerusi dan kasut pun dibaling jauh ke depan.
"Kalau betul kita nak halang beliau dari tanyakan soalan, kenapa kita benarkan soalan-soalan yang lain yang jauh lebih sensitif. Tun jawab lapan soalan sebelum disabotaj," kata Syed Saddiq dipetik Malaysiakini.
Persoalannya, kalau benar kenyataan yang dibuat oleh Exco Armada itu hanya merupakan satu pembohongan, kenapa Ketua Pemuda PPBM tu tak nak ambik tindakan yang sewajarnya?

Kalau difikirkan secara logik, boleh sangat Budak Hingusan tu nak failkan saman terhadap Exco Armada tu kerana membuat kenyataan palsu dan cuba memburukkan nama baik partinya.

Paling tidak, Ketua Pemuda PPBM tu boleh sangat buat laporan Polis agar pihak keselamatan itu mengambil tindakan. Tapi, kenapa dia hanya setakat berani buat kenyataan media? Takkan nak buat laporan Polis pun dia takut kot!!!
Categories:

3 ulasan:

  1. Jgn salahkan org lain. Sendiri buat sendiri tanggung.

    BalasPadam
  2. kpn dah jelaskan dalam media pihak penganjur sebelum program tidak memohon kepada polis untuk membuat kawalan keselamatan dalam majlis tersebut. so bila dah berlaku insiden itu baru nk salahkan orang lain termasuk polis. mana boleh macam tu. nampak sangat kelemahan pihak penganjur. macam mana nak perintah negara. tak boleh.. tak boleh..

    BalasPadam
  3. budak hingusan ni elok hantar ke bilik penginapan bang nuor di sg blh jer...biar hingus nyer cepat kering...

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping