Rabu, Ogos 16, 2017

Disebalik kekecohan yang berlaku sewaktu program Nothing Ti Hide 2.0 anjura Budak Hingusan PPBM itu sebelum ini, Presiden PAS ni tampil dengan sindiran buat Tun Mahathir.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini, Hadi Awang mendakwa pihak yang GAGAL menjawab soalan yang diajukan perlu bertanggungjawab terhadap kekecohan yang berlaku.

Menerusi catatan dalam akaun Facebooknya, pemimpin PAS itu merujuk kepada insiden kekecohan dalam program tersebut ekoran kegagalan Tun Mahathir mengupas pertanyaan dari peserta.

Forum anjuran Armada PPBM di Shah Alam, Selangor pada Ahad lalu itu kecoh berikutan jawapan yang diberikan oleh Presiden PPBM tersebut sendiri ‘lari’ daripada soalan yang sebenar.

Individu yang bertanyakan itu pula ialah Exco Armada PPBM sendiri, dan bukannya ahli UMNO sebagaimana dituduh Pakatan, yang hanya mahukan pencerahan mengenai insiden Memali.

Kemuncaknya jawapan Mahathir yang disifatkan tidak menjawab soalan itu telah mencetuskan kemarahan peserta forum selain hadirin yang tidak berpuas hati sehinggalah berlaku kekecohan.
“Terima kasih diucapkan kepada yang meminta penjelasan berkenaan peristiwa Memali. Kepada yang tidak mampu jawab, sepatutnya tidak marah dan orang lain tidak buat kekecohan. Anak muda sahaja tidak patut dipersalahkan.
“Sepatutnya juga dipersalahkan yang menjadi penyebabnya,” sinis Abdul Hadi dalam catatan terbaharu Memali: Kecoh Nothing To Hide 2.0 menerusi akaun Facebook itu yang menerima lebih 2,000 tanda suka daripada netizen.
Posting itu bahkan mendapat hampir 500 perkongsian dan lebih 100 komen. Jelas Abdul Hadi lagi, ramai pihak yang melemparkan batu tetapi cuba menyembunyikan tangan dalam mengulas isu sejarah hitam pada 1985 itu.

Tragedi Memali menjadi titik hitam di kalangan rakyat Kedah, khususnya di Baling yang tidak mungkin melupakan "dosa silam" Mahathir yang dikatakan langsung tidak pernah mengakui kesilapannya itu.

Tegas Hadi Awang, tiada guna ungkit sejarah hitam tanpa bertaubat dan meminta maaf malah beliau merujuk pepatah Arab yang berbunyi: “Dia yang pukul saya, dia pula yang menangis. Dia yang zalimi saya, dia pula yang mengadu”.
Categories: ,

3 ulasan:

  1. Ulasan yg ringkas tpi tepat ke sasaran...tahniah hj ab hadi.

    BalasPadam
  2. bagi la bukti press statement..setakat buat blog tunjuk muka..lembu pun boleh berkata-kata..tahniah kerana jadi badut MO1...ada la jugak tukang volunteer jadi pencacai..kesian..Amanat Haji Hadi apa cerita? Jawab la sikit..

    BalasPadam
  3. Hj hadi tak sebut pun amanat. Org lain yg anggap itu amanat. Suasana thn 80-an dulu lain. Bukan mcm politik hri ini. Hri ini sanggup buat fitnah sana sini utk dpt secubit kuasa.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping