Selasa, Ogos 15, 2017

Kalau sebelum ini,bukan main beria lagi Si Budak Hingusan Syed Saddiq tu membuat dakwaan dan mencetuskan spekulasi kononnya kekecohan yang berlaku baru ni berpunca dari orang luar.

Tanpa mengemukakan bukti, Si Budak Hingusan tu cuba nak memberikan gambaran kononnya forum yang dianjurkan itu telah diganggu oleh mereka yang bermusuhan dengan Tun Mahathir.

Namun Exco Armada PPBM, Mohamad Taufik Abas menolak dakwaan sesetengah pihak termasuk daripada kalangan partinya bahawa kekecohan yang berlaku semalam diakibatkan oleh orang luar.

Menurutnya, kekecohan yang berlaku ketika forum itu berpunca akibat rasa tidak puas hati dalam kalangan pengikut PPBM sendiri berkenaan soalan yang dilontarnya.
“Saya cuma mengambil peluang bertanya ketika forum tersebut kerana ingin mendapatkan penjelasan dari Tun sendiri, itu pun moderator asyik potong soalan saya seolah-olah mahu mengelakkan sesuatu.
“Kejadian baling kerusi bukanlah ditujukan kepada Tun sebaliknya kerusi tersebut memang disasarkan kepada saya supaya saya tidak terus menyoal Tun.
“Jadi, kalau nak reka cerita pun biarlah logik jangan nampak sangat mainan kotor macam ni, seandainya si pembaling memang nak tujukan kerusi itu kepada Tun, ianya bukanlah perkara yang sukar kerana Tun berdiri di atas pentas secara terbuka,” katanya memetik laporan Massa.Tv
Forum anjuran Armada PPBM itu bertukar menjadi ganas apabila Taufik mengajukan soalan berkenaan peristiwa berdarah di Memali ketika Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri Malaysia ketika itu.

Sebelum itu, beberapa orang peserta juga kedengaran meluahkan rasa tidak puas hati mereka apabila Tun Mahathir dilihat enggan memberikan jawapan ketika seorang peserta mengajukan soalan tentang status pemenjaraan Anwar Ibrahim sama ada benar-benar sebagai pesalah liwat atau mangsa kerakusan Mahathir.

Malah, pada ketika menjawab isu berkaitan dengan Memali, Tun Mahathir cuba menyalahkan pihak Polis kerana bertindak berdasarkan kepada SOP, bukannya arahan yang dikeluarkan oleh dirinya sendiri.
Categories:

2 ulasan:

  1. Loyar buruk membawa padah..

    BalasPadam
  2. Sadiq Sigara sudah kena lelong! Punahsihat minta 20%. Hangpa ada?

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping