Ahad, Ogos 13, 2017

Ahli Dewan Undangan PKR bagi Penanti, Dr Norlela Ariffin menyatakan rasa lega kerana akhirnya satu tindakan dilakukan terhadap kilang haram yang beroperasi di Sungai Lembu di Bukit Mertajam, Pulau Pinang yang memberi kesan buruk termasuk kanser kepada penduduk sekitar.

Dr Norlela berkata beliau membangkitkan isu kilang pemprosesan penapisan haram sejak dua tahun lalu namun tidak diendahkan.
“Penduduk kampung mengadu kepada saya akan kebimbangan mereka pada Februari 2015. Saya membangkitkan isu ini di sidang dewan undangan negeri namun tiada tindakan dibuat oleh pihak berkuasa selama dua tahun,” katanya.
Dr Norlela sebelum ini dikenali kerana terpaksa merintih bagai pengemis di sidang dewan undangan kerana meminta peruntukan bagi pembangunan rakyat tidak diendahkan kerajaan pimpinan DAP.

Siang tadi, tiga individu termasuk Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Phee Boon Poh, ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan terhadap kilang haram.

SPRM turut menahan seorang pengurus dan anak kepada pengarah kilang haram terbabit manakala pejabat Boon Poh turut diserbu dan dokumen dipercayai ada kaitan dengan kilang Kampung Sungai Lembu turut dirampas.

Difahamkan, kilang haram itu sudah beroperasi di kawasan ladang kelapa sawit lebih dari 10 tahun. Operasi terhadap kilang haram itu turut melibatkan pegawai dari Jabatan Imigersen, Jabatan Alam Sekitar dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Boon Poh pada Mac tahun lalu pernah mencetuskan kontroversi apabila membacakan Akuan Berkanun, Phang Li Koon yang terlibat dalam skandal penjualan banglo kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tetapi mengaku tidak bersalah.
Categories: , ,

2 ulasan:

  1. Kerajaan BN patut tawarkan pertolongan kepada wakil rakyat pembangkang yg sungguh2 berusaha bantu rakyat bukan atas dasar politik dan arah tujuan hidup semata mata nak jatuhkan kerajaan BN. Mmg masih ada wakil rakyat mcm dr Norlela yg bekerja bersama2 rakyat..
    Tahniah dr Norlela.
    Mungkin kerajaan BN bagi tawaran kepada wakil rakyat pembangkang utk bagi maklumat2 lain yg pincang dan serong kelakuan oleh rakan2 mereka lain.?

    BalasPadam
  2. tindakan pihak berkuasa pun sama slow nyer mcm siput babi...

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

SH mohon maaf kerana terpaksa me'moderate'kan ruangan komen ini kerana ada komen datang dari sumber yang tidak dapat dikenal pasti.

Komen la banyak mana yang korang nak komen. Bagi la pandangan korang mengenai isu yang dibangkitkan. Insya Allah SH akan approve semuanya. KECUALI yang jelas melanggar Akta SKMM.

Sekian, terima kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping