Selasa, Julai 25, 2017

Mungkin mereka serik kena kencing dengan Si Ketua Penipu tu. ATAU, diorang sehingga ke hari ini masih lagi menganggap Tun Mahathir sebagai seorang pemimpin yang melakukan Dosa Besar.

Mana tidaknya. Hati siapa yang tak sakit bila kena kencing hidup - hidup? Puas diorang berguling atas jalan raya menentang Tun Mahathir selama hari ini, tiba - tiba dia nak dijadikan wira?

Tak masuk akal!!! Maka tak hairan la sekiranya geng Otai PKR tu buat ketetapan untuk menolak kepimpinan Tun Mahathir kerana khuatir mereka juga tergolong dalam golongan MUNAFIK.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam, geng Otai PKR ni mendesak agar semua pemimpin Pakatan yang menyandang jawatan dalam gerakan itu berundur dan meletakkan jawatan.  

Desakan itu membuatkan ADUN Hulu Kelang, Saari Sungip meletakkan jawatan ekoran pendirian partinya bersama PKR, DAPigs dan PPBM bersetuju melantik Tun Mahathir sebagai Pengerusi Pakatan. 

Menurut laporan yang disiarkan melalui kenyataan media geng Otai PKR ni menyatakan, selain Saari, pemimpin yang turut melepaskan jawatan adalah Setiausahanya, Abdul Razak Ismail. 

Abdul Razak bagaimanapun mengambil keputusan itu kerana mahu menjadi calon Parti Sosialis Malaysia (PSM) untuk menentang Pakatan pada Pilihan Raya Umum yang akan datang.

Abdul Razak berkata, dia akan menentang Pakatan kerana tidak bersetuju dengan keputusan mereka menerima Tun Mahathir dalam gabungan parti pembangkang itu sebelum ini.

Dalam kenyataan media yang disiarkan semalam, geng Otai PKR ni juga turut menyatakan pendirian mereka secara terbuka. Diantara lainnya adalah seperti berikut: 
1- Menolak kepimpinan Tun Mahathir di peringkat parti sebagai Pengerusi Pakatan Harapan atau di peringkat kerajaan sebagai perdana menteri atau menteri kanan atau penasihat sekiranya Pakatan Harapan berjaya mengambil alih pentadbiran di Putrajaya.
2- Menuntut Pakatan Harapan untuk memasukkan dalam manifesto PRU14 bahawa ia akan menubuhkan Suruhanjaya Keamanan dan Keadilan bagi mengadili segala tuduhan ke atas Tun Mahathir.
Pokok pangkalnya, masih ada dikalangan ahli PKR serta juak - juak penyokong parti itu yang tidak sudi menjadikan Tun Mahathir sebagai Ketua memandangkan mereka juga yang menggelarkan bekas Perdana Menteri itu dengan gelaran 'Maha-Zalim' dan 'Maha-Firaun'!!!
Categories: ,

2 ulasan:

  1. Betul tu...walaupun saya bukan penyokong Otai Reformasi, tindak tanduk mela'un atau lebih tepat Maha Firaun tu memang bermirip seorang munafik yang nyata.Semoga beliau insaf secepat sebelum lubang kubur digali!

    BalasPadam
  2. Kesian puak Otai ni,tertipu kiri kanan.Mereka bela Anwar kononnya Anwar di fitnah,tapi sebenarnya Anwar lah yg tipu mereka bulat-bulat.tuduhan sodomi tehadap Anwar bukan fitnah ,tapi betul.Sekarang kalau puak Otai ni cerdik dah tentu dia faham memang benda tu betul.Mahahtir pun tak kata ianya tak betul dan Anwar sendiri berserta keluarganya kini sanggup bersama dgn Mahahtir .Mengapa ? Sebabnya mereka tahu apa yg Mahahtir buat dulu adalah betul,bukan memfitnah Anwar.Sekarang pun Mahathir janji nak minta pengampuna utk Anwar kalau mereka menang.Alahai . mengapa pula nak minta pengampunan kalau tak bersalah,dan Anwar pun senyap aja tak bantah hasrat Mahathir.Maknanya apa ,mana prinsip 'kebenaran' tu yg di pegangnya selama ni.Anwar malu nak kata tak bersalah dgn Mahahtir ,kerana dia tahu Mahathir sangat tahu mengenai tingkah lakunya,jadi baiklah diama saja dan untung-untung dapat bebas dan jadi PM.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping