Jumaat, Julai 14, 2017

Tindakan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berjumpa dengan Tun Dr Mahathir di London secara sendirian mungkin akan menimbulkan ketidakselesaan parti komponen Pakatan Harapan (PH) yang lain.

Penganalisis Politik, Profesor Dr Ahmad Martadha Mohamed berkata tindakan Izzah itu boleh dianggap sebagai membelakangkan pemimpin lain dalam PH.

"Saya bimbang bahawa apa yang dibuat oleh beliau ini menimbulkan kemarahan (parti komponen PH). Kalau kita lihat, bukan sahaja di kalangan anggota parti beliau sendiri, bukan sahaja Azmin malah di antara parti dalam komponen PH juga tidak akan bersetuju.

"Apa yang dibuat oleh Izzah ini bukan sahaja membelakangkan parti beliau sendiri bahkan sebenarnya membelakangkan juga kepentingan persetujuan yang dibuat dalam PH," katanya ketika dihubungi Antarapos.

Izzah sebelum ini dilaporkan berkunjung ke London untuk berjumpa Pengerusi Parti Pribumi Bersatu (PPBM) bagi menyelesaikan krisis struktur kepimpinan PH yang sehingga kini gagal dimuktamadkan.

Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali kemudiannya berseloroh bahawa Izzah ke London untuk berhari raya dengan Dr Mahathir namun bertegas, apa sahaja perbincangan mengenai struktur baru PH, mestilah dilakukan secara konsensus.

Mengulas lanjut, Martadha tidak menolak tindakan Izzah itu mungkin direstui Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tetapi tidak disokong Azmin dan mungkin juga beberapa pemimpin lain.

"Apa yang dilakukan oleh Izzah bagi saya adalah sesuatu yang mungkin tidak disokong oleh Azmin namun sebenarnya mendapat restu daripada Wan Azizah, jadi ini munkin merupakan satu lagi keretakan yang berlaku dalam PKR.

"Kita lihat sebelum ini seringkali pelbagai kenyataan, tindakan di antara Azmin dan juga Wan Azizah yang menunjukkan bahawa mereka seringkali tidak bersependapat dalam pelbagai isu.

"Jadi kenyataan dan tindakan antara Azmin dan Wan Azizah ini memang begitu ketara menunjukkan lagi bahawa tidak ada persefahaman di antara kedua-dua belah pihak namun oleh kerara Wan Azizah merupakan presiden parti jadi mungkin Azmin perlulah memberikan hormat kepada Azizah selaku ketua dalam parti sendiri," ujarnya.
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping