Khamis, Julai 13, 2017

Meskipun ramai yang memandang enteng hal ini, namun ia sedikit sebanyak menjadi isyarat jelas bahawa Rejim Pakatan tidak komited dalam usaha mencegah gejala rasuah di semua peringkat pentadbiran.

Selain Selangor, dua negeri di bawah pentadbiran Rejim Pakatan pembangkang turut enggan menandatangani IBR iaitu Pulau Pinang (DAP) dan Kelantan (PAS).

31 Mei 2016, Setiausaha Agung PKR (ketika itu), Rafizi Ramli hadir ke ibu pejabat SPRM untuk menyerahkan bukti berkenaan tuduhannya bahawa terdapat kegiatan rasuah seks dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor.

Namun, pada 3 November 2016, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim mendedahkan di Dewan Rakyat bahawa SPRM tiada bukti lanjut bagi mengesahkan dakwaan Rafizi itu.

Habis tu, bukti apa yang Rafizi berikan pada 31 Mei 2016? Selalunya kalau Rafizi yang bercakap, tak ada yang tak betul dan seisi negara akan percaya cakap dia.

Masih ingat pembongkaran kekayaan luar biasa Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin? Juga didedahkan sejak Jun 2016, Zuraida didakwa memiliki sejumlah kenderaan mewah yang diperolehi selepas beliau bergelar ahli politik dan Yang Berhormat.

Antara aset milik Zuraida yang menjadi buah mulut penduduk di Ampang ialah 9 buah kereta kelas mewah dan  biasa (tak biasa jugalah bagi kita yang makan gaji ciput ni).

Dengan latar belakang sebagai bekas penjual buah yang menceburi politik, ia amat ajaib bagi seorang perempuan tua seperti Zuraida dapat mengumpul aset-aset sebanyak itu dalam masa singkat.

Zuraida mendakwa sebahagian kereta tersebut dibeli dengan menggunakan kelayakan permit import (AP) selaku Ahli Parlimen dan Kemudahan Pinjaman selaku Ahli Parlimen.

Tapi yang dia tak bagitahu kita, dia beli kereta baharu setiap tahun. Tiga kereta mewahnya dibeli dengan AP walhal setiap AP milik Ahli Parlimen hanya boleh beli satu kereta sahaja bagi satu penggal.

Selain Zuraida, pegawai khas beliau iaitu Datuk Adam Rosly juga terpalit dengan kes salah laku rasuah yang serius lagi besar. Ingatkah lagi akan banglo Disneyland Ampang milik Adam?

Sama seperti Zuraida, Datuk Adam Rosly yang baru berusia lingkungan 20-an ini mendakwa mengumpul kekayaan melalui perniagaan menjual nasi lemak yang diusahakannya sejak remaja sekaligus membolehkannya membeli bangle mewah itu dengan sedikit bantuan pinjaman daripada Ah Long.

Pendedahan skandal rasuah Selangor di bawah pentadbiran Azmin Ali paling banyak dilakukan oleh bekas ayam tambatan PKR sendiri, Chegu Bard. Budak-budak SAMM pasti tahu. Natijahnya, Chegu Bard dipecat daripada PKR.

Antara pendedahan tersebut ialah salah guna kuasa Azmin dalam penukaran status tanah Paya Indah Wetlands, skandal rasuah RM9.8 juta dalam projek pintu gerbang Kota Darul Ehsan, skandal rasuah RM32.4 juta dalam projek penukaran kubah masjid negeri Selangor, skandal RM45 juta dalam projek balak di Selangor dan banyak lagi.
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

SH mohon maaf kerana terpaksa me'moderate'kan ruangan komen ini kerana ada komen datang dari sumber yang tidak dapat dikenal pasti.

Komen la banyak mana yang korang nak komen. Bagi la pandangan korang mengenai isu yang dibangkitkan. Insya Allah SH akan approve semuanya. KECUALI yang jelas melanggar Akta SKMM.

Sekian, terima kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping