Sabtu, Julai 15, 2017

Pengumuman struktur organisasi dan logo Pakatan Harapan sebelum ini semakin menggagalkan usaha Si Menteri Besar Selangor tu yang masih menaruh harapan untuk memujuk PAS bersama - sama dalam pakatan pembangkang itu.

Dalam struktur baharu Pakatan Harapan itu, Tun Dr Mahathir Mohamad dinamakan sebagai Pengerusi, Anwar Ibrahim ketua Umum dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Presiden.

Timbalan presiden PKR itu dilaporkan The Malaysia Insight bersetuju dengan struktur organisasi PH itu yang disifatkannya memiliki apa yang diperlukan untuk menghadapi PRU-14 dan memenuhi aspirasi rakyat.

Namun, The Malaysia Insight dalam laporannya sebelum ini menyebut Azmin memerlukan PAS kerana tanpa parti Islam itu impian Pakatan yang dianggotai DAPigs, PKR, PAN dan PPBM untuk menakluk Putrajaya pada PRU 14 agak sukar.
“Pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13), parti PKR, DAP dan PAS memenangi 17 kerusi Parlimen dan 44 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor.
“Daripada 13 kerusi di Wilayah Persekutuan, DAP dan PKR memenangi semua kerusi yang ditandingi kecuali Putrajaya, Labuan, Setiawangsa dan Titiwangsa.
“Tetapi sekarang, masih tidak jelas apakah parti PH mampu mengekalkan jumlah kerusi yang dimenangi pada 2013 sekiranya bertembung dengan PAS dan Barisan Nasional (BN) pada PRU14 akan datang,” lapornya.
Mei lalu, Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan Mohd Farhan Mohd Zain berkata parti Islam itu mahu bertanding di sembilan daripada 13 kerusi Parlimen. Sembilan kerusi itu sekarang disandang PKR dan DAPigs.

Sumber PH mengatakan kes ini merupakan di antara alasan utama mengapa Azmin yang juga timbalan presiden PKR meneruskan hubungan dengan PAS walaupun secara rasminya parti Islam itu sudah memutuskan hubungan dengan partinya.

Kemampuan PAS meraih sokongan secukupnya di Lembah Klang serta menyekat peluang PH menenangi pilihan raya sangat serius sehinggakan Azmin bersedia untuk berdepan kemarahan sekutu sedia ada.
“Kita perlu terus buka pintu kepada PAS. Kita faham kemarahan rakan kita. Tetapi mereka juga perlu faham yang PAS masih lagi penting untuk menewaskan BN,” kata seorang pemimpin PH menjelaskan pendirian Azmin.
Difahamkan, kerusi yang dimiliki personaliti terkenal PKR seperti Nurul Izzah Anwar di Lembah Pantai, Chua Tian Chang di Batu, malah kerusi Azmin di Gombak bakal tergugat jika berlaku pertembungan tiga penjuru.
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping