Ahad, Jun 18, 2017

Pulak dah!!! Ini yang P. Ramlee cakap, "Demokrasi Terpimpin Kepala Hotak Kau"! Bila kena batang hidung sendiri, pandai pulak diorang nak letak batasan kepada Kebebasan Hak Bersuara.

IRONIKnya, masa dalam UMNO dulu, takde pulak diorang bercerita pasal Kebebasan Hak Bersuara yang dibataskan ini. Sebaliknya diorang menuntut Kebebasan Hak Bersuara mutlak.

Tapi bila ada dikalangan ahli mereka sendiri menuntut kebenaran, mempersoalkan hasil kekayaan yang dimiliki oleh pemimpin dan mendesak agar mereka bersikap jujur, terus diorang ubah pendirian.

Terus diorang buat dakwaan kononnya ahli yang membuat tuntutan itu mempunyai agenda yang tersembunyi dan seolah - olah diperalatkan oleh pihak lain atas kepentingan Politik Peribadi.

Kenyataan yang dibuat oleh pemimpin PPBM ini sebijik macam orang yang Cakap Tak Serupa Bikin. Diorang ni mungkin tak pernah cermin diri sendiri gamaknya. Main cakap ikut Kepala Lutut je.

Kalau dulu, bila orang kata, Kebebasan Hak Bersuara ni perlu melalui lunas - lunas tertentu agar tidak keterlaluan atau nampak seperti mereka ada agenda tersembunyi, pandai pulak diorang marah.

Tapi hari ini, ayat yang sama jugak diorang ulang. Sebab apa? Sebab benda tu kena pada batang hidung diorang sendiri. Sebab apa yang dibangkitkan sebelum ini membuka aib mereka.

Itulah keadilan yang nak ditegakkan oleh puak - puak pembangkang hari ini. Diorang hanya menuntut keadilan daripada orang lain. Diorang hanya pandai menuntut kejujuran dari orang lain.

Namun malangnya diorang sendiri tidak bersikap jujur sehingga menyebabkan diorang terpaksa menjilat ludah dan kahak yang telah diluahkan selama hari ini. Itu HIPOKRIT namanya. Kalau kita kata diorang ni MUNAFIK, tau pulak diorang marah!!!
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

SH mohon maaf kerana terpaksa me'moderate'kan ruangan komen ini kerana ada komen datang dari sumber yang tidak dapat dikenal pasti.

Komen la banyak mana yang korang nak komen. Bagi la pandangan korang mengenai isu yang dibangkitkan. Insya Allah SH akan approve semuanya. KECUALI yang jelas melanggar Akta SKMM.

Sekian, terima kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping