Rabu, Mei 17, 2017

Biro Politik PKR yang bermesyuarat malam semalam telah membuat keputusan supaya semua lantikan politik PKR dalam Rejim PAS Kelantan dilepaskan berkuatkuasa serta merta.

Dalam kenyataan yang dibaca oleh Presiden PKR Wan Azizah selepas mesyuarat tersebut diadakan, perkara itu juga telah disampaikan kepada pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Kelantan.
"PKR juga telah membuat keputusan bahawa semua lantikan politik PKR di dalam kerajaan negeri Kelantan diminta melepaskan jawatan-jawatan tersebut berkuatkuasa serta merta.
"Perkara ini telah disampaikan kepada Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Kelantan," katanya kepada pemberita di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya malam ini.
Selain itu, menurut Wan Azizah, kedudukan PAS dalam Rejim Pakatan Selangor pula akan diputuskan pimpinan PKR selepas Menteri Besar Selangor, Azmin Ali pulang dari lawatan rasmi ke luar negara.

Selain itu, Wan Azizah yang juga anggota parlimen Permatang Pauh menegaskan bahawa PKR menerima keputusan yang telah dibuat PAS untuk membatalkan kerjasama politik dengan parti itu.

Bagaimanapun, kata Wan Azizah, PKR tetap menolak alasan yang telah diberikan PAS yang telah diberikan bagi memutuskan hubungan tahaluf siyasi diantara kedua - dua parti tersebut.

Majlis Syura Ulama PAS pada awal Mei lalu membuat keputusan memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR selepas mendakwa begitu banyak pelanggaran syarat tahaluf siyasi yang dilakukan PKR.

Namun bagi sesetengah pihak, mereka mendakwa keputusa yang telah dilakukan oleh Si Wan Azizah itu hanya sekadar untuk memberikan tekanan kepada pucuk pimpinan PAS Pusat.

Bagi mereka, Wan Azizah dan parti pimpinannya itu mahu memaksa PAS untuk mengosongkan kerusi jawatan Exco dalam pentadbiran Rejim Pakatan Haprak tu di Selangor.

Sehingga kini, PAS masih lagi enggan melepaskan jawatan yang disandang oleh 3 orang wakil mereka dalam pentadbiran Rejim pimpinan Azmin dengan alasan ianya terikat dengan Bai'ah serta menghormati mandat yang telah diberikan oleh rakyat sebelum ini!!!
Categories: ,

1 ulasan:

  1. Antara alasan pas adalah pkr melakukan pengkhianatan yg nyata terutamanya ketika pilihanraya kecil sg besar dan kuala kangsar dimana wan azizah telah menyeru penyokong utk undi calon PAN...bl wan azizah tak terima alasan pas maksudnya tindakan dia arahkan ahlinya undi pan tu betul la ya..hanya org bongok saja akan kata itu bkn pengkhianatan..tak tau la klu wan azizah ni spesis tu..xpelah pas kita tgk pru nanti camana jentera pkr buat keje jalan ke tak..selama ni pas yg tolong lps ni kita tgk la..pas xpayah pikir2 lg psl pkr ni diaorg mmg xleh pakai pun..

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping