Khamis, Mei 25, 2017

Hahaha!!! Apa la malang nasib Si Rafizi ni ya. Kalau dalam parti sendiri, boleh la dia berlagak sebagai seorang 'Budak Pandai' yang merencanakan agenda perlaksanaan Langkah Kajang.

Tapi bila dikalangan puak Pakatan Haprak tu sendiri, Si Rafizi yang dianggap sebagai 'Pakar Stategi PKR' itu hanya layak dilabelkan sebagai seorang yang suka 'Syok Sendiri' bila buat kerja.

Sedangkan apa yang pernah dilakukan selama hari ini bukannya menguntungkan Pakatan. Sebaliknya, tindakan Si Rafizi tu sejak akhir - akhir ini hanya menjadi satu bebanan dan liabiliti.


Maka tak hairan la bila Tun Mahathir berkata senarai calon perdana menteri paling popular seperti yang diumumkan Si Rafizi tu semalam tidak membawa sebarang makna jika Pakatan kalah dalam Pilihan Raya akan datang.
“Kalau tak menang, sesiapa pun tak boleh jadi PM. Yang utama, menang. Kalau nak jadi calon, siapa pun boleh jadi,” katanya selepas program ceramah di Kampung Baru malam tadi.
Semalam, Rafizi memberikan butiran hasil kajian oleh Invoke Malaysia yang didakwa melibatkan hampir 18,000 responden, bagi menunjukkan siapa pilihan Perdana Menteri jika Pakatan Harapan menang.

Rafizi berkata sebanyak 31% daripada mereka mahu mengekalkan Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri, sementara 34.6% membuat pelbagai pilihan daripada 9 orang pemimpin pembangkang, termasuk dirinya, manakala selebihnya tidak menjawab.

Pemimpin tertinggi PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapat sokongan paling banyak, iaitu 23.5%, diikuti Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan undian 17.6%, Dr Mahathir (16.5%), dan Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin (12.6%).

Namun, menurut kata Tun Mahathir, kajian seumpama itu yang dilakukan oleh Si Rafizi lebih sesuai dibuat selepas Pakatan Haprak tu memenangi Pilihan Raya Umum yang akan datang.
“Bila menang boleh buatlah. Kalau tak menang, bubuh nama, itu syok sendiri,” katanya kepada wartawan.
Sebelum ini, perselisihan tercetus antara PKR dan pemimpin pembangkang lain selepas perwakilan PKR membuat gimik sepanduk tertera “Anwar PM ke-7”, pada kongres parti yang dihadiri Dr Mahathir dan pemimpin PPBM lain.
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping