Ahad, April 30, 2017

Jika menyebut namanya, mungkin tidak ada orang yang mengenalinya. Namun hakikatnya, kisah mengenai Pengemis ini memang cukup popular sehingga mampu mencipta rusuhan perkauman.

Derek Neol hanya seorang gelendangan yang suka bermundar mandir ditepi jalan. Hanya kerana suatu hari dia menumpang duduk diatas satu bangku ditepi taman, namanya mula menjadi famous.

Al-kisahnya, lelaki berkulit hitam ini bercerita mengenai hari yang dilaluinya kepada orang yang duduk bersama dengannya. Katanya, semalam dia telah dipukul oleh sekumpulan lelaki.

Kata Derek, kumpulan lelaki itu berkulit putih. Habis semua wang saku yang dimilikinya telah dirampas oleh mereka yang memukulnya sehingga menyebabkan dia terpaksa hidup melarat.

Lelaki yang duduk bersama dengan Derek Neol itu kemudiannya memviralkan kisah yang didengarinya kepada rakan - rakan yang lain menerusi aplikasi media sosial yang dimilikinya.

Dari menyampaikannya didalam aplikasi Whatsapp, lelaki itu juga turut memuat-naikkan status didalam Facebook dan juga Twitter sehingga ianya dikongsi oleh ratusan rakan - rakannya.

Malah lelaki itu juga turut menghasilkan video mengenai kisah Derek Neol dengan menggunakan aplikasi - aplikasi telefon bimbitnya dan turut menyebarkan video tersebut secara meluas.

Ekoran penyebaran itu mula mendapat perhatian, seluruh penduduk didalam kawasan kediaman itu mula memberontak sehingga tercetusnya ketegangan kaum diantara Kulit Putih dan Kulit Hitam.

Begitulah keadaannya dalam dunia hari ini. Mudah sungguh manusia terkesan dengan kisah yang mereka dengar dari mulut seseorang yang ternyata tidak tahu hujung pangkal cerita sebenar.

Mereka lebih cenderung untuk mendengar tanpa membuat sebarang kaji selidik mengenai kisah yang disampaikan. Sedangkan apa yang disampaikan oleh pencerita asalnya tidak seperti yang digambarkan.

Yang sebenarnya, Derek Neol itu bercerita tentang kisah seekor kucing hitam yang telah diserang oleh seekor lagi kucing berwarna Putih sewaktu dia memberi makanan kepada mereka.

Namun disebabkan bahasa yang digunakan oleh Derek Neol itu mengelirukan, maka ianya menyebabkan kisah itu disalah-tafsir oleh lelaki yang mendengarnya. Derek Neol itu berkata, "The Black (nama kucing) was being attack by The White (nama kucing kedua) and made The Black life miserable."
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping