Ahad, April 30, 2017

Heh! Nampak gayanya, Si Azmin Ali ni masih lagi enggan menerima hakikat bahawa PAS sudah pun membuat keputusan untuk memutuskan hubungan kerjasama Politik dengan PKR.

Tapi, tak boleh la kita nak salahkan Si Azmin ni pulak ye tak. Sebab kita pun tau yang Si Azmin tu berada pada kedudukannya sekarang pun dengan bantuan sokongan dari PAS juga.

Maka tak heran la kenapa Si Azmin tu masih tidak dapat untuk menerima hakikat bahawa kedudukan yang disandangnya pada ketika ini bakal berubah dengan keputusan yang dibuat oleh PAS.

Secara realitinya, Si Azmin tu sedar bahawa jika tanpa sokongan PAS, adalah agak susah untuk dia terus dapat mengekalkan jawatannya selaku Menteri Besar Selangor dimasa akan datang.

Bahkan Si Menteri Besar Selangor tu dapat merampas jawatan tersebut juga adalah dengan menggunakan taktik 'Pujuk dan Rayu' yang telah dilakukannya untuk menggagalkan impian Wan Azizah.

Jadi sebab itulah Si Azmin tu masih lagi cuba memberikan alasan kononnya keputusan yang dibuat oleh PAS itu masih belum dimuktamadkan selagi Majlis Syura PAS belum bermesyuarat.
"Kita tak boleh buat spekulasi.. tunggu lah majlis syura buat keputusan rasmi, sebelum ini hanya segelintir ahli pas sahaja yang membangkitkan isu berkenaan.
"Saya yakin kepimpinan tertinggi Pas akan membuat keputusan atas semangat untuk mengukuhkan semangat pakatan," katanya ketika ditemui media selepas menghadiri Konvensyen PKR Pulau Pinang yang diadakan di sini, hari ini.
Secara tidak lansung, kenyataan yang dibuat oleh Si Azmin tu setidak - tidaknya memberikan gambaran bahawa dia sedang berada dalam keadaan 'Paranoid' yang tak tentu arah.

Pokok pangkalnya, Si Azmin tu bukan sahaja cuba nak mengelirukan rakyat. Malah dia juga turut mempamerkan sikap yang Tidak Jujur pada dirinya sendiri. Dek kerana sikap 'Paranoid' itu yang membuatkan Si Azmin ni sanggup 'Kencing Diri Dia Sendiri'!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping