Halaman

Selasa, April 11, 2017

KHALID SAMAD TAK SEDAR DIRI DITIMPA KHIFARAH!!!

Akhir zaman ni, apa yang kita buat biasanya akan menyebabkan kita ditimpa khifarah. Bak kata orang muda, benda buruk yang kita buat, tuhan akan balas 'Cash' masa kita masih hidup.

Nak pulak sekiranya kita selalu buat dosa terhadap orang lain. Tapi, terpulang kepada diri kita sendiri sama ada kita nak sedar atau pun tidak terhadap khifarah yang menimpa diri kita tu.

Namun orang macam Si Khalid Samad ni jenis manusia yang tak sedar diri. Mungkin sebab itu dia masih tak sedar bahawa dia sudah banyak kali ditimpa khifarah akibat perbuatan dia sendiri.

Kalau sebelum ini, Si Khalid Samad tu pernah menabur fitnah terhadap Datuk Dr. Hassan Ali sehingga menyebabkan dia dikenakan denda sebanyak RM 200 ribu oleh pihak mahkamah.

Denda itu sekaligus mengakibatkan Si Khalid Samad tu hilang kelayakan untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang. Pun Si Khalid Samad tu masih tak sedarkan diri.

Kemudian dia pernah menggelarkan Ahli Parlimen Pasir Salak dengan gelaran 'Sial' sewaktu perbahasan didalam sidang Parlimen. Tindakan itu menyebabkan dia diserang oleh anak Ahli Parlimen tersebut.

Tapi Si Khalid Samad tu masih juga tak sedar bahawa dia yang telah buat dosa. Sebaliknya, dia cuba nak salahkan orang lain kerana tidak menjatuhkan hukuman berat terhadap penyerangnya.

Sekarang Si Khalid Samad tu sekali lagi menerima Khifarah apabila dia GAGAL membuat rayuan untuk mengenepikan dakwaan yang telah dikemukakan terhadap dirinya oleh pihak MAIS.

Dalam laporan yang disiarkan semalam, Si Khalid Samad tu GAGAL untuk mendapat kebenaran merayu dalam usaha memulakan semakan kehakiman bagi mencabar Perlembagaan peruntukan dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam (negeri Selangor) 2003.

Permohonan itu ditolak secara sebulat suara oleh panel tiga hakim diketuai oleh Ketua Hakim Negara, Tan Sri Md. Raus Sharif yang bersidang bersama Hakim Besar Malaya, Tan Sri Ahmad Maarop dan Datuk Aziah Ali.

Wakil rakyat pembangkang itu memohon kebenaran merayu keputusan Mahkamah Rayuan pada 9 November tahun lalu yang menolak rayuannya untuk memulakan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi.

Khalid memfailkan permohonan semakan kehakiman bagi mencabar keperlembagaan peruntukan yang dakwaannya dikenakan ke atas beliau, dengan mendakwa Seksyen 119 menyalahi Perkara 11 (1) dan Perkara 4 Perlembagaan Persekutuan. Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dinamakan sebagai responden.

Tindakan mahkamah itu dibuat ekoran pendakwaan terhadapnya di Mahkamah Rendah Syariah Klang atas kesalahan mengajar tanpa tauliah di Surau Taman Semanta, Klang, pada 16 Ogos 2011, mengikut Seksyen 119 enakmen itu.

Mungkin inilah bahananya bila Si Khalid Samad tu sering kali tampil mempermainkan agama dan mempergunakan Islam sebagai bahan jajaan Politik Murahan dia untuk mendapatkan sokongan. Tapi malangnya, Si Khalid Samad tu masih tak sedar diri jugak!!!

2 ulasan:

  1. Kalau hati dah trtutup drpd kebaikan maka keburukan juga yg menjadi pilihan.

    BalasPadam
  2. Kasihan kat Shahril Samad punya saudara seperti Khalid Samad....buat malu je.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.