Ahad, Mac 19, 2017

Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz, dilaporkan kalah teruk dalam pemilihan pimpinan peringkat kawasan di Pengkalan Chepa hari ini. Pemilihan itu adalah untuk tempoh sehingga 2019.

Portal Malaysiakini melaporkan Ketua Pemuda PAS itu tewas kepada Anggota Parlimen Pengkalan Chepa, Dr Izani Husin. Dr Izani adalah penyandang jawatan berkenaan pada penggal lepas.

Menurut sumber portal berkenaan, Dr Izani memperoleh 207 undi berbanding anak bekas menteri besar Kelantan itu yang hanya mengumpul 37 undi. 

Bagaimanapun laporan itu belom dapat disahihkan maklumatnya. PAS Pengkalan Chepa kini diketuai Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Kawasan Pengkalan Chepa dilihat signifikan kerana ia dikenali sebagai satu daripada kubu terkuat PAS di Kelantan.

Kerusi kawasan parlimen itu pernah diwakili dua tokoh kanan PAS, iaitu Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Nik Abdullah Arshad yang juga bapa kepada Mohd Amar.

Dr Izani enggan memberikan komen lanjut, sebaliknya menegaskan mereka perlu bekerjasama "untuk Islam".

"Maaf deh. No comment. (Kita) kena pakat bekerja untuk lslam," katanya.
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping