Rabu, Januari 11, 2017

Heh! Nampak gayanya, kemelut pembahagian kerusi dikalangan puak Pakatan Haprak ni semakin bertambah kronik sehingga tahap parti Ternakan DAPigs tu menagih janji yang telah dibuat sebelum ini.

Sebagai rekod, puak Pakatan Haprak tu tahun lepas telah menandatangani perjanjian berhubung isu yang berkaitan dengan konsep '1 Lawan 1' dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang.

Perjanjian itu dibuat ekoran wujudnya kemungkinan bahawa puak Pakatan Haprak tu akan bertembung sesama sendiri seperti mana yang pernah berlaku dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak sebelum ini.

Maka, untuk mengelakkan diri dari kejadian yang sama berulang dalam PRU akan datang, puak Pakatan Haprak tu telah mencipta perjanjian tersebut dan mengheret parti PPBM agar mereka turut serta.

Namun malangnya sehingga ke hari ini, isu berkaitan dengan pembahagian kerusi dikalangan puak Pakatan Haprak dan PPBM itu masih lagi menjadi diantara isu yang paling hangat diperkatakan.

Tapi sejak akhir - akhir ini, melihat kemungkinan parti baru seperti PPBM dan PAN akan tergugat serta terpinggir dari memiliki kerusi mereka sendiri membuatkan kedua - dua parti itu mula rasa kurang selesa.

Jika sebelum ini, Presiden PPBM pernah mengeluarkan amaran dengan menyatakan bahawa perjanjian itu tidak bermakna sekiranya mereka tidak diberikan sebarang kerusi untuk bertanding.

Kali ini, tiba giliran pemimpin PAN pulak buat kenyataan yang hampir serupa dan mengingatkan agar puak Pakatan Haprak tu terus berpegang kepada perjanjian yang telah ditandatangani sebelum ini.

Setiausaha Agung PAN berkata, ekoran tidak mahu ‘sejarah’ yang berlaku pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan berulang kembali, di mana berlaku pertindihan kerusi sesama pembangkang.
“Saya harap di kalangan yang berempat ini (PH-PPBM), jangan ada sesiapa pun mengulangi kesilapan masa lalu yang pernah dibuat PAS. Kena berpegang kepada janji. Manusia itu dipegang pada janji.
“Jadi InsyaAllah kalau kita sudah boleh berunding, kita tentukan (kerusi),” katanya dalam satu temubual eksklusif bersama Antarapos.
Dalam erti kata lainnya, kenyataan yang dibuat oleh pemimpin PAN dan Presiden PPBM itu sebelum ini membuktikan bahawa mereka sendiri kurang yakin dengan perjanjian yang telah dibuat. Sesama sendiri pun diorang tak percaya!!!

Itulah masalahnya bila berpakat dengan mereka yang memang suka 'MENIPU' ni. Depan je baik, tapi dibelakang belum tentu lagi. Nak pulak bila diorang ni memang suka menjaga kepentingan Politik Peribadi mereka sendiri. Jadi, memang tak mustahil kalau ada yang main tikam belakang!!!
Categories: ,

1 ulasan:

  1. Menyebok je Pan ni...tak ada org nak sokong pun.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

SH mohon maaf kerana terpaksa me'moderate'kan ruangan komen ini kerana ada komen datang dari sumber yang tidak dapat dikenal pasti.

Komen la banyak mana yang korang nak komen. Bagi la pandangan korang mengenai isu yang dibangkitkan. Insya Allah SH akan approve semuanya. KECUALI yang jelas melanggar Akta SKMM.

Sekian, terima kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping