Jumaat, Januari 06, 2017

Sejak beberapa hari yang lepas, timbl satu persoalan yang hangat diperkatakan dikalangan rakyat berhubung isu status Si Khalid Samad tu selaku seorang Ahli Parlimen dan kelayakan dia untuk terus memegang jawatan tersebut.

Persoalan itu kembali hangat diperkatakan apabila keputusan mahkamah berhubung kes saman fitnah yang dikenakan terhadap dirinya masih tidak ada sebarang penjelasan pun daripada pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Ianya berhubung isu saman fitnah yang difailkan oleh bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali terhadap Si Khalid Samad tu kerana didakwa telah menabur fitnah terhadap dirinya sebelum ini.

Menurut keputusan yang telah dibuat oleh pihak Mahkamah Persekutuan, hukuman yang dijatuhkan ke atas Si Khalid Samad itu dikekalkan dan dia perlu membayar saman sebanyak RM 200 ribu kepada Datuk Dr. Hasan Ali.
AIDCNews -01/11/16 –Mahkamah Persekutuan hari ini mengekalkan keputusan bahawa Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Abdul Samad didapati bersalah memfitnah bekas Presiden Jalur Tiga Malaysia (JATI), Datuk Dr Hasan Mohamed Ali.
Pada 6 Ogos tahun lalu, barisan panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai Hakim Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin menolak rayuan Khalid dan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang mengarahkannya membayar RM200,000 kepada Hasan sebagai ganti rugi am.
Jika menurut perlembagaan, seorang wakil rakyat, sama ada dia ADUN ataupun Ahli Parlimen akan digantung dari jawatan tersebut sekiranya dia disabitkan dengan kesalahan di mahkamah.

Didalam Perkara 48 dalam Perlembagaan Persekutuan mengikut kurungan satu (1), seseorang itu akan hilang kelayakan untuk menjadi ahli mana-mana satu Majlis Parlimen jika;
(e) dia telah disabitkan atas suatu kesalahan oleh sesuatu mahkamah di Persekutuan (atau, sebelum Hari Malaysia, di wilayah yang termasuk di dalam Negeri Sabah atau Sarawak atau di Singapura) dan dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak kurang daripada satu (1) tahun atau denda tidak kurang daripada dua (2) ribu ringgit dan dia tidak mendapat pengampunan bebas.
Dalam erti kata lainnya, Si Khalid Samad tu telah didapati bersalah oleh pihak mahkamah Malaysia dan telah melalui sistem perundangan serta kehakiman yang dikuatkuasakan di Negara ini.

Maka persoalannya, bagaimana pula dengan kedudukan dan jawatan yang disandang oleh Si Khalid Samad tu pada ketika ini? Adakah dia masih layak untuk digelar sebagai seorang Ahli Parlimen?

Dan yang paling penting untuk dijawab oleh pihak SPR sama ada Si Khalid Samad tu layak atau pun tidak untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang? Kenapa soal berkaitan dengan kedudukan Si Khalid Samad ni hanya didiamkan???
Categories: ,

5 ulasan:

  1. Ini bukan kes jenayah, apa punya lembab admin.

    Ini saman sivil.

    BalasPadam
  2. Harap spr jelaskan segera.

    BalasPadam
  3. biasa la malaysia... hari ini....jadi pembangkang lagi best weiii

    BalasPadam
  4. Susah payah mengalahkan Zul Nordin senang je UMNO pakai Mahkamah Tarzan mengenakan org. Barua betui UMNO ini.

    BalasPadam
  5. Jawapan mudah pun tak faham? Dia tak kena denda dan tak kena penjara.. patut lah dok sokong UMNO.. otak kematu rupa nya.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping