Rabu, Januari 11, 2017

Menurut kajian yang dijalankan, Pilihan Raya Umum ke-14 nanti akan menjadi kayu pengukur kepada perpaduan dan kemampuan terutama bagi puak Pakatan pembangkang tu secara tidak lansung.

Dari hasil kajian tersebut, Pilihan Raya Umum yang akan datang merupakan peluang terbaik untuk puak Pakatan Haprak tu. Namun, kegagalan komunikasi dikalangan mereka membataskan peluang tersebut.

Bahkan, Pilihan Raya Umum itu juga akan menjadi medan untuk menguji sejauh mana populariti Tun Mahathir masih memberi kesan dan kaitannya dengan senario semasa Politik di Malaysia.

Dalam erti kata lainnya, sekiranya pembangkang GAGAL dalam usaha mereka untuk menumbangkan Kerajaan Barisan Nasional, bermakna era Tun Dr Mahathir juga boleh dianggap sudah berakhir.

Perkara itu dapat dilihat dengan jelas apabila rata - rata pemerhati Politik berpendapat, Tun Mahathir tidak berhenti dari terus berpolitik walaupun selepas meletakkan jawatannya sebagai Perdana Menteri sebelum ini.

Malah, dia juga sering dilihat tampil memberi kritikan terhadap kepimpinan Kerajaan dan memainkan peranan penting dalam mendesak Tun Abdullah Ahmad Badawi memberi laluan kepada Datuk Seri Najib Razak.

Dan kali ini, tumpuan bekas Perdana Menteri itu adalah untuk menumbangkan Kerajaan Barisan Nasional pimpinan Datuk Seri Najib dengan menubuhkan parti pembangkang – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Seperti mana yang dikatakan oleh seorang penganalisis Politik dari Singapura, peranan Tun Mahathir kini dilihat sebagai 'Tonggal Utama' bagi Pakatan dalam usaha mereka untuk menumbangkan Kerajaan Barisan Nasional.
“Sekarang ini, sesetengah pembangkang menganggap Dr Mahathir harapan utama mereka menumbangkan BN. Ia juga ironis apabila Dr Mahathir ditugaskan menyelamatkan pakatan pembangkang yang bermula sebagai pakatan untuk menggulingkan beliau.
“Usaha Dr Mahathir menyatukan pembangkang mula menunjukkan hasil, tetapi sejarah autoritarian terus menghantui beliau.”
Sambil memberi contoh persahabatan baru diantara Tun Mahathir dan musuh ketatnya, Lim Kit Siang daripada DAPigs, dan bekas Timbalan Perdana Menteri yang dipecat, Anwar Ibrahim, menunjukkan tiada musuh yang kekal dalam politik.
“Ia menunjukkan betapa cepatnya ahli politik Malaysia melompat dan bertukar arah demi kepentingan politik. Ahli politik Malaysia nampaknya boleh berdamai lebih cepat daripada rakyat Malaysia lain,” katanya.
Menegaskan pembangkang masih belum menyelesaikan beberapa isu mendesak, penganalisis Politik Singapura itu juga berkata, rakyat Malaysia tidak akan menganggap pembangkang sebagai pencabar serius kepada Barisan Nasional.

Sebagai rekod, puak Pakatan Haprak tu sehingga ke hari ini masih lagi GAGAL menyelesaikan isu berkaitan dengan calon Perdana Menteri dan isu pembahagian kerusi sesama mereka walaupun Pilihan Raya Umum akan diadakan dalam masa terdekat.

Secara keseimpulannya, menerusi analisis yang dijalankan itu menunjukkan bahawa parti Politik pembangkang di Malaysia ni lebih cenderung mengamalkan Politik Retorik yang jelas tidak bermaruah. Jadi, bagaimana mungkin mereka dapat memerintah Negara dengan baik!!!
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping