Isnin, Januari 09, 2017

Rata - rata rakyat yang tinggal di kawasan Kuantan pada ketika ini dikatakan sedang diselubungi 'Misteri' ekoran kewujudan khabar angin yang sedang hangat diperkatakan diperingkat bawahan.

Kebanyakkan dari mereka menjadi isu itu sebagai salah satu tajuk utama dalam perbualan mereka yang sedang asyik bersembang dikedai kopi menjelang Pilihan Raya Umum yang dikatakan bakal tiba tak lama lagi.

Misteri yang dimaksudkan ialah mengenai calon Ahli Parlimen Kuantan dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang. Rata - rata mereka tampil mempersoalkan, siapa yang akan jadi calon kelak?

Jika sebelum ini, wujud desas desus dikalangan rakyat yang mengatakan bahawa Ahli Parlimen Kuantan yang ada pada ketika ini sudah lagi tidak berminat untuk mengekalkan jawatannya.

Menurut khabar angin tersebut, keputusan untuk tidak bertanding dalam PRU yang akan datang adalah disebabkan tahap kesihatan Ahli Parlimen itu yang tidak mengizinkan dia untuk terus bertanding.

Maka, dari khabar angin yang hangat tersebar itu timbulnya persoalan, siapa yang akan menggantikan dia dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang sekiranya benar dia tidak mahu bertanding lagi?

Dari apa yang diperkatakan dikalangan rakyat didalam Parlimen Kuantan, kebarangkalian parti pembangkang akan mencalonkan Ketua Setiausaha Pakatan, Si Saifuddin Abdullah tu sebagai ganti.

Nama Saifuddin semakin hangat menjadi sebutan tatkala munculnya sebuah artikel yang menyatakan bahawa dia kemungkinan tidak akan bertanding di Parlimen Temerloh dalam PRU akan datang.

Katanya, tidak mungkin Si Saifuddin tu akan bertanding di Parlimen Temerloh memandangkan PAN juga mahu bertanding dikerusi yang disandang oleh Ketua Penerangan PAS Pusat pada ketika ini.

Namun ada juga yang pertikai, sekiranya Si Saifuddin tu nak bertanding di Kuantan, maka dia perlu turun untuk menjalankan kerja dan mendekati rakyat memandangkan Pilihan Raya Umum dah semakin dekat.

Malangnya, sehingga ke hari ini, kebarangkalian untuk Si Saifuddin tu bertindak sedemikian masih menjadi tanda tanya. Bahkan, status Ahli Parlimen Kuantan yang sedia ada pun masih senyap sunyi.

Persoalannya, adakah Si Fuziah Salleh tu masih akan bertanding dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang? Adakah benar dia sedang diselubungi penyakit yang membuatkan dia sukar untuk mengekalkan jawatannya???
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping