Selasa, Januari 10, 2017

Heh! Inilah masalahnya bila orang yang kecewa bercakap. Kalau hari tu, bila orang kata dia hanya mempergunakan PAS untuk menang dalam Pilihan Raya, dia cuba nak menafikannya walaupun benda tu betul.

Lepas tu cia cuba nak guna payung UMNO. Tapi ternyata usaha dia GAGAL sehingga menyebabkan dia kalah dalam Pilihan Raya Umum yang lepas. Kali ni, nak mempergunakan Tun Mahathir pun dia tak berjaya.

Dan keadaan itu membuatkan dia rasa kecewa. Nak pulak apabila dia dikatakan telah GAGAL mendapat jawatan tinggi dalam parti yang ditubuhkan oleh bekas Perdana Menteri itu sebelum ini.

Tapi, semua kecewaan itu diletakkan diatas satu sasaran iaitu cubaan kali ketiga dia nak bertanding dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang dikawasan yang kini dikuasi oleh Ketua Pemuda PAS Pusat.

Hari ini, dia tampil mengumumkan hasratnya mahu mencabar Ketua Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Aziz bagi merebut kerusi Parlimen Pasir Mas pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) itu berkata bukan hanya dirinya, tetapi akan ada wakil daripada parti itu juga akan turut bertanding dalam Pilihan Raya Umum kali ini.
“Perkasa akan bertanding tapi tak tahu jumlah, tapi yang bertanding saya tentulah, kalau panjang umur dan sihat saya akan bertanding di kerusi Pasir Mas.
“Saya ulang berkali-kali (sebelum ini) dalam pilihan raya akan datang dan kalau ada tawaran lain-lain parti saya terbuka.
“Tapi ada benda yang saya akan minta awal-awal (dari parti itu), tidak ada syarat dan saya pegang aspek yang kamu bebas bercakap di parlimen,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Perkasa, petang tadi.
Dia sebelum ini pernah menjadi Ahli Parlimen Pasir Mas bagi tempoh 2008-2013 kemudiannya digantikan dengan Nik Abduh selepas Ibrahim kalah ketika bertanding atas calon Bebas.

Terdahulu beliau mengibaratkan dirinya seperti ‘janda seksi’ berikutan beberapa parti politik sudah ‘melamarnya’ untuk bertanding melalui tiket parti masing-masing. Tapi itu la masalahnya. Waima parti mana sekali pun yang dia sertai, sudah pasti dia akan mengkhinatinya juga!!!
Categories: ,

1 ulasan:

  1. Dia ingat masih laku lgi ke? Tak sedar diri...

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping