Khamis, Januari 12, 2017

KeGAGALan gabungan parti Pembangkang untuk bersatu dalam Pakatan Haprak bukan disebabkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad, sebaliknya berpunca daripada PAS.

Demikian kenyataan yang dikeluarkan oleh Naib Pengerusi PAN Kelantan, Che Ibrahim Mohamed sambil berkata, PAS tidak boleh selama - lamanya menyalahkan pihak lain kerana kegagalan pakatan pembangkang.
“Setakat ini hanya PAS jadi masalah dan penghalang kepada pakatan pembangkang bersatu. Parti lain seperti DAP, PKR dan PAN telah terima Pengerusi PPBM itu sebagai antara penggerak pakatan pembangkang,” katanya, semalam.
Kenyataan itu dibuat bagi mengulas kenyataan Naib Presiden PAS yang mendakwa sikap Tun Mahathir yang tidak pernah berubah akan menyukarkan kerjasama pembangkang secara keseluruhan.

Malah Mohd Amar yang juga merupakan Timbalan Menteri Besar Kelantan itu juga turut membayangkan pakatan pembangkang akan hadapi kesukaran jika terus bekerjasama dengan Tun Mahathir.

Dalam masa yang sama, Che Ibrahim juga memberitahu, PAS hanya mahu semua parti Politik dikalangan pembangkang lain berada bawah telunjuk mereka dan jadikan sebagai ketua.
“Sebab itu Pas hanya selesa bila berada dalam blok ketiga bersama parti-parti lebih kerdil seperti Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) dan Parti Barisan Jemaah Islamiah SeMalaysia (Berjasa). Pas tidak layak bercakap soal pakatan pembangkang dan parti lain terutama PPBM dan PKR,” katanya.
Disamping itu, Che Ibrahim juga turut menegaskan, kedua-dua situasi itu adalah berbeza dan setiap pihak mesti menggunakan neraca pertimbangan yang berbeza dalam menilai perkara tersebut.
“Pakatan Harapan tidak ada masalah berhadapan BN jika semua parti bergabung dalamnya nekad melupakan PAS. Selagi PKR atau PPBM menaruh harapan Pas akan bersama pembangkang lain sedangkan Pas nekad tidak bersama DAP dan PAN,  selagi itulah Pakatan Harapan dilihat tidak kemas dan bermasalah,” katanya.
Dalam erti kata lainnya, PAN mendakwa PKR dan PPBM perlu melupakan sebarang kerjasama Politik serta berhenti mengharapkan sokongan simpati murahan dari PAS sekiranya mahu gabungan Pakatan Haprak tu bersatu bagi menghadapi Pilihan Raya Umum yang akan datang!!!
Categories: , ,

1 ulasan:

  1. ooitt bodoh punya ini olang...trsedak bak kut teh ker?. Naper salahkan PAS lak atas kegagalan pakatoon korang tuh? biyol...

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping