Rabu, Januari 25, 2017

Kepimpinan PKR hari ini menyifatkan PAS sebagai sebuah parti 'kuku besi' hanya kerana parti itu mahu bekerjasama dengan pihak yang mampu mengikut telunjuk mereka sahaja.

Timbalan Presiden PKR merangkap Menteri Besar Selangor, Azmin Ali  menganggap syarat yang diletakkan oleh Presiden PAS, Abdul Hadi Awang sebelum ini, sebagai proses demokrasi yang tidak sihat.
"Kalau paksa kamu kena ikut cara aku, rentak aku, itu bukan demokrasi, tetapi itu kuku besi," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Skim Peduli Sihat di Pejabat Tanah dan Daerah Gombak, pagi tadi.
Kenyataan yang dikeluarkan oleh Azmin itu dijangka akan mengeruhkan lagi hubungan dan tahaluf siyasi di antara PKR dan PAS dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Beberapa pemimin PAS sebelum sudahpun meminta kepimpinan parti itu untuk mengkaji semula hubungan kerjasama Politik mereka dengan PKR yang diasaskan sebelum PRU yang lalu.

Sabtu lalu, Hadi Awang dipetik dalam satu laporan media, cuba 'menasihatkan' mana - mana pihak yang mahu mengikat kerjasama politik dengan PAS perlu mengikut rentak partinya.
"Kita adalah parti paling lama dalam kalangan parti-parti pembangkang. Mengalami peristiwa rebah dan bangun dari hanya satu kerusi, kemudian ada (menang) negeri, kosong kerusi, kemudian dapat semula seperti di Terengganu, Kedah dan Kelantan.
"Parti-parti lain tak pernah mengalami pengalaman begini. Kita mengalaminya sebab itu orang lain tak boleh ajar kita dalam politik. Kita lebih matang dari orang lain.
"Mereka kena ikut PAS kalau hendak bekerjasama," ujar Hadi ketika merasmikan Himpunan Muslimat Muda di Shah Alam, Sabtu lalu.
PAS dan PKR kini meneruskan tahaluf siyasi dalam pentadbiran Selangor selepas hubungan dalam Pakatan Rakyat (PR) terkubur pada 2015. Gagasan itu kemudiannya diganti dengan Pakatan Harapan (PH) yang dianggotai oleh PKR, DAP dan Amanah. - seterusnya...
Categories: , ,

1 ulasan:

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping