Isnin, Januari 09, 2017

Baru - baru ini kecoh didalam media yang melaporkan bahawa parti Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) kononnya telah menerima sebanyak 200 keahlian baru dari Kampung Tok Sani Parlimen Bagan. 

Menurut kenyataan yang dibuat oleh Ahli Majlis tertinggi PPBM, Marzuki Yahaya, mereka yang menyertai parti itu semuanya adalah dari kalangan ahli UMNO yang bertindak keluar parti tersebut.

Rupa-rupanya, berita ‘200 ahli UMNO masuk PPBM’ ini hanya satu pembohongan sahaja! Perkara ini dinyatakan sendiri oleh Ketua UMNO Bahagian Bagan, Datuk Shaik Hussein Mydin.

Malah, beberapa individu telah diarahkan oleh Shaik Hussein untuk berada di sana dan memantau perjalanan program tersebut. Dan lebih kurang 10 orang ahli UMNO cawangan Kampung Tok Sani yang hadir dan mereka itu adalah daripada puak Marzuki Yahya.

Menurut laporan Dr. MiM, Marzuki Yahya adalah orang yang kecewa kerana kalah semasa pemilihan UMNO bahagian Bayan sebelum ini. Manakala mereka yang hadir merupakan orang luar kawasan Parlimen Bagan.

Mereka adalah import daripada Bahagian Jelutong, ahli PKR Permatang Pauh dan Seberang Jaya. Malah menurut sumber itu, wakil dari Persatuan Ibu Tunggal Permatang Pauh juga turut hadir.

Pendedahan tentang entiti mereka yang hadir ini bukan sahaja membuktikan pembohongan parti PPBM di Pulau Pinang tetapi parti itu mungkin juga akan berbohong di negeri-negeri lain.

Bukan itu sahaja, kehadiran muka-muka ahli PKR yang turut menghantar borang keahlian PPBM ini juga sudah pasti akan menyebabkan pergeseran dalaman di antara PKR dan PPBM. Ianya kerana parti yang baharu berusia 4 bulan ini telah mencuri ahli-ahli PKR, rakan politik mereka sendiri.

Dan apakah PPBM berani menyahut cabaran Shaik Hussein supaya parti itu menunjukkan bukti bahawa 200 orang itu adalah ahli UMNO daripada Kampung Tok Sani Parlimen Bagan? Kita bagi 1 minggu. Jika tiada bukti, PPBM sah berbohong.
Categories:

1 ulasan:

  1. APA YANG HANG MERAPU NI DOL...SYABAS DEDAK TIME..HAHAHA

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

SH mohon maaf kerana terpaksa me'moderate'kan ruangan komen ini kerana ada komen datang dari sumber yang tidak dapat dikenal pasti.

Komen la banyak mana yang korang nak komen. Bagi la pandangan korang mengenai isu yang dibangkitkan. Insya Allah SH akan approve semuanya. KECUALI yang jelas melanggar Akta SKMM.

Sekian, terima kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping