Isnin, Oktober 24, 2016

Jika sebelum ini, bukan main lantang lagi Si Menteri Besar Selangor tu keluarkan kenyataan serta memberikan gambaran kononnya Jabatan Alam Sekitar (JAS) ni lambat mengambil tindakan berkaitan dengan krisis air di loji Semenyih.

Tapi hakikatnya, Si Menteri Besar Selangor tu pun 'Terlalu Lembab' buat kerja dalam menangani kemelut bekalan air yang melanda rakyat yang berada disekitar kawasan tersebut sedangkan ianya negeri dibawah pemerintahannya sendiri.

Apa yang jelas, Si Menteri Besar Selangor tu dilihat hanya sekadar mampu untuk menghabiskan masa bermain wayang bagi menjaga kepentingan Politik Peribadinya sendiri daripada sibuk nak menjaga kebajikan rakyat dibawah kepimpinannya.

Dalam laporan media yang disiarkan semalam, SYABAS melaporkan bahawa loji air Semenyih terpaksa ditutup untuk sekian kalinya akibat pencemaran yang berlaku sebelum ini sehingga menjejaskan bekalan air bersih kepada rakyat di Selangor.

Beberapa kawasan di sekitar daerah Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang pada ketika ini masih lagi sedang mengalami gangguan bekalan air sementara susulan penutupan Loji Rawatan Air (LRA) di Sungai Semenyih.

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) dalam kenyataan hari ini berkata LRA itu ditutup pada 7.30 pagi ini akibat pencemaran bau air sungai disyaki berpunca dari kawasan perindustrian Nilai, Negeri Sembilan.

Kawasan yang mengalami gangguan di daerah Hulu Langat ialah Bangi, Bandar Bukit Mahkota, Kajang, Semenyih dan Rinching. Bagi daerah Kuala Langat, ia merangkumi Morib, Banting, Bandar Saujana Putra, Bandar Rimbayu dan Telok Panglima Garang.

Sementara untuk daerah Petaling, kawasan terjejas ialah USJ 1-27, Puchong, Seri Kembangan dan Serdang. Kawasan di daerah Sepang pula melibatkan Putrajaya, Cyberjaya, Bandar Nusa Putra, Putra Heights, Pulau Meranti, Kota Warisan, Bandar Bukit Puchong dan Sungai Merab.

Secara kesimpulannya, Si Menteri Besar Selangor itu dilihat GAGAL untuk menyelesaikan isu yang sedang melanda rakyat di negerinya sendiri. Apa yang dia mampu buat hanya sekadar menyalak dalam media, menunding jari dan menyalahkan orang lain sedangkan rakyat mahukan penyelesaian kepada masalah yang sedang mereka hadapi!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping