Khamis, Disember 31, 2015

Hahaha!!! Kan dah cakap dah. Orang Malaysia ni memang mudah sangat terpengaruh dengan benda yang bukan - bukan. Kena tipu hidup - hidup pun diorang masih tak sedar jugak.

Tapi, bukan semua rakyat Malaysia macam tu. Hanya mereka yang dari kalangan puak - puak Pakatan Haprak tu sahaja yang akan bertindak sedemikian sebab otak mereka penuh sampah.

Maka sebab itulah diorang dengan mudah diperdaya dengan seorang yang menyamar dengan menggunakan gelaran 'Datin' ni. Pantang tengok muka cantik, mudah sangat diorang terpedaya.

Namun malangnya, dari pendedahan yang dibuat, pengguna laman media sosial yang tidak bertanggungjawab tu hanya sekadar 'Hantu Puaka' yang mempergunakan gambar orang lain:
"Ratusan komen dan posting di laman sosial Facebook dari kumpulan pro-pembangkang terbukti buta hati apabila terpukau dengan nama Datin Dania Norman dengan gambar profil jelita lantang mengutuk dan menuduh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tanpa sebarang bukti.

"Pemeriksaan lanjut mendapati gambar yang digunakan kononnya sebagai Datin Dania rupa-rupanya ialah gambar artis dari Pakistan Mahira Khan ketika beliau melawat Universiti Iqra dan Universiti Karachi di Pakistan.


"Betapa mudahnya rakyat Malaysia di laman sosial ini tertipu. Carian laman Facebook miilik Datin itu pun gagal sebab pada asasnya memang ia tidak wujud dan hanya diwujudkan identiti itu untuk mengelirukan dan menyemai kebencian orang terhadap kerajaan." - lapor blog Megat Panjialam
Mungkin orang yang tidak bertanggungjawab mewujudkan akaun Facebook berkenaan dan mempergunakan gambar artis tu ingat PENIPUAN yang dilakukan tidak diketahui oleh orang lain.

Apa yang nyata, dek kerana terdesak sangat nak MENIPU, maka terpaksa la diorang gunakan taktik JIJIK sedemikian rupa. Malangnya, PENIPUAN yang dilakukan akhirnya ter-KANTOI jugak.

Heh! Tak pelik la kalau Pentaksub dan Pengampu puak - puak Pakatan Haprak tu sanggup buat kerja macam tu. Lagi pun, diorang memang suka mempergunakan orang lain demi menjaga kepentingan Politik Peribadi diorang sendiri!!! Termasuk la MENIPU sekali pun!!!
Categories:

1 ulasan:

  1. Tak keterlaluan jika dikatakan ada juga orang Malaysia di anggap TERbodoh didunia....

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping