Sabtu, Disember 12, 2015

Zaman sekarang ni, macam - macam cara orang nak raih 'Publisiti Murahan' demi untuk menjadi terkenal dalam sekelip mata hanya kerana mahu memenuhi kepentingan peribadi diri sendiri.

Ada yang sanggup menjaja "Air Mata Buaya" demi untuk mendapatkan sokongan Simpati Murahan dari kalangan rakyat. Malah ada yang sanggup bersekongkol dengan pihak musuh Negara.

Semua kerana mereka ini dari kalangan manusia yang sentiasa mendahagakan perhatian dan mendambakan Publisiti Murahan semata - mata. Bukannya diorang buat untuk orang lain.

Maka sebab itulah sejak dua tiga hari ini nama salah seorang wakil yang bersembunyi disebalik kumpulan G25 tu menjadi bahan bualan hangat dikalangan rakyat, termasuk perwakilan UMNO.

Hanya sebab dia tampil dengan satu pandangan jahil terhadap Hukum Islam membuatkan dia menjadi bahan perhatian dan disebut - sebut. Terutama dikalangan pengguna laman media sosial.

Tapi, rata - rata mereka memberikan pandangan negatif terhadap apa yang cuba dibangkitkan oleh wakil kumpulan G25 tu sendiri. Bukannya menyokong desakan yang diberikan.

Seperti kata Ketua Pemuda Umno Bahagian Sik kenyataan yang dikeluarkan oleh wakil kumpulan G25 tu adalah satu 'Ancaman Terbaru' kepada ikatan perpaduan agam dan bangsa.

Menurut Mahadzir Abdul Hamid, pendapat yang diberikan itu bukan sahaja mengelirukan masyarakat secara umum, malah turut mengancam keselamatan perpaduan dikalangan umat Islam.
"Kita dilanda pelbagai isu dalam negara. Agama diancam oleh pelbagai masalah hari ini. Dulu masalah Alvin Tan, yang terbaharu, isu kumpulan G25 mengeluarkan kenyataan khalwat yang dilakukan di rumah tidak patut ditangkap," katanya ketika menyampaikan usul agama pada Perhimpunan Agung Umno 2015,‎ di Pusat Dagangan Dunia Putra, di sini, hari ini.
Realitinya, pemahaman Liberalis yang cuba diterapkan sedemikian perlu dikekang oleh pihak Kerajaan. Jangan biarkan orang seperti itu meraih Populariti Murahan sehingga diangkat sebagai seorang 'IKON' yang mampu menghuru - harakan Negara!!!

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping