Khamis, Oktober 22, 2015

Heh! Kalau dasar manusia yang tak sedar diri tu, memang payah la dia nak mengaku kesilapan dia sendiri. Maka sebab itulah dia masih cuba nak membuat tuduhan terhadap orang lain.

Perkara seperti itu memang sudah dapat kita jangka sejak dari awal - awal lagi. Apatah lagi kalau ianya datang dari seorang yang boleh dianggap 'Lupa Diri' macam Si ADUN DAPigs ni.

Dah dapat surat ugutan dengan kain rentang serta bangkai ayam depan pintu pejabat pun dia masih ada hati nak mengalihkan isu dan cuba membuat tuduhan terhadap Orang Luar yang punya angkara?

Jika kita lihat kenyataan media yang diedarkan semalam, Si ADUN DAPigs tu nampak gayanya cuba membuat dakwaan KONONnya dalang disebalik ugutan tersebut bukan dari kalangan puak - puak DAPigs tu.

Sebaliknya, Si ADUN DAPigs tu mendakwa ancaman terhadap diri dia dan keluarga dia tu telah dilakukan oleh orang diluar parti yang dengki dengan dia sebab menjadi wakil rakyat yang mewakili puak - puak DAPigs tu.
"Saya rasa ini adalah satu lagi sabotaj yang cuba untuk menuduh dan juga cuba mengalih isu rakyat. Sebelum ini pun kami, sebagai DAP Melayu Islam telah difitnah secara borong, telah menentang Islam tanpa dapat menjawab tuduhan itu secara adil.
"Saya yakin ini adalah lanjutan untuk mengganggu gugat parti DAP yang selalu dituduh perkauman dan menolak Islam," jelas kenyataan tersebut.
Dari satu sudut, Si ADUN DAPigs tu nak kaitkan insiden kain rentang tu dengan kontroversi yang dibangkitkan apabila dia secara terbuka mempertikaikan khutbah solat sunat Aidiladha baru - baru ini.

Seterusnya, Si ADUN DAPigs itu juga turut mendakwa pihak yang memasang kain rentang (dieja 'Bena') itu hanya bertujuan untuk memecah-belahkan mereka dalam DAPigs supaya mereka melatah.
"Mungkin juga setengah - tengah pihak tidak suka dengan kemasukan orang Melayu dan orang Asal dalam DAP Pahang serta dengan isu - isu yang dibawa. Mereka akan berbuat apa sahaja demi mencapai matlamat mereka," jelas kenyataan itu lagi.
Nah! Dari kenyataan itu, nampak sangat la yang Si ADUN DAPigs tu dah buat kesimpulan dia sendiri dan mendakwa KONONnya ada "Orang Luar" yang tak puas hati dengan dia. Bukan ahli DAPigs sendiri.

Tapi persoalannya, kalau dia dah ada suspek dia sendiri, dan mendakwa perkara tu dibuat oleh orang luar, apa kejadahnya dia buat laporan Polis? Kalau dia dah ada kesimpulan dia sendiri dan anggap ianya hanya sekadar ugutan biasa, tak payah la suruh Polis siasat!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping