Jumaat, Oktober 23, 2015

Heh! Makin hari makin pening pulak kita tengok gelagat puak - puak Pakatan Haprak ni. Habis semua benda yang diorang buat sejak kebelakangan ni selalu bercanggah diantara satu dengan yang lain.

Salah satu isu yang dibangkitkan ialah pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia yang dilaksanakan oleh pihak Kerajaan Pusat sebelum ini. Yang itu pun diorang boleh berbalah sesama sendiri.

Jika sebelum ini, diorang buat dakwaan kononnya pemberian bantuan tu diibaratkan sebagai rasuah dan ianya tidak membantu rakyat. Sebaliknya ia hanya akan membankrapkan Negara.

Bak kata Si Mahfuz Bean tu semalam, pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia tu hanya ibarat macam bagi gula - gula getah. Bila habis manis gula - gula tu, kita akan buang ianya begitu sahaja.

Malah Si Mahfuz Bean tu juga turut menegaskan bahawa pemberian bantuan tersebut tidak akan membantu memulihkan pembangunan ekonomi Negara pada ketika ini. Rakyat tetap terbeban.
"Kalau tambah BR1M banyak mana sekalipun, keadaan ekonomi kita tidak akan pulih. Dan beban akan terus menghimpit kehidupan rakyat dengan nilai ringgit yang jatuh. Dia (Najib) nak tambah  BR1M banyak mana? Bukannya dia boleh bagi (BR1M) tiap-tiap bulan," tempelak beliau lagi.
Tapi, lain pulak dengan apa yang dinyatakan oleh Si Wan Azizah. Dia kata, jika Pakatan Haprak tu yang memerintah, Bantuan Rakyat 1Malaysia tu tetap akan diteruskan dimasa akan datang.

Cuma, kata Si Wan Azizah, puak - puak Pakatan Haprak tu hanya akan membuat pembaharuan dalam pemberian bantuan tersebut dan mengubah cara pembayarannya kepada rakyat.

Nah! Pokok pangkalnya Si Wan Azizah tu secara tidak lansung mengakui bahawa pemberian BR1M tu bagus. Kalau tidak, kenapa pulak dia nak kekalkan pemberian bantuan jika mereka memerintah?

Dan bagi Si Mahfuz Bean tu pulak. Kalau dia tetap anggap pemberian BR1M tu hanya seperti bagi orang makan gula - gula getah, bermakna dia hanya memperlekehkan Belanjawan Alternatif yang dibuat oleh puak - puak Pakatan Haprak tu sendiri!!!
Categories: , ,

2 ulasan:

  1. Kerajaan oleh rakyat, kepada rakyat dan untuk rakyat. Kenapa nak pertikai BR1M? Bukankah ia membawa kebaikan kepada yg memerlukan?

    BalasPadam
  2. kenai sangat dengan perangai mr bean tu..apa dia tau pasai bantuan tu..di England, Australia, banyak Negara lain lagi pun ada bagi bantuan macam ni, kalau sekolah setakat pass sijil rendah..don't talk about bantuan macam ni..bodoh, dan menampak kan kebodohan diri sendiri...pencen lah dari jadi politician balik kg tanam lalang pun baik..boleh piker buat tikar lalang nak lapik barangan export..packing material..

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping