Rabu, Oktober 28, 2015

Kerajaan Kelantan sedia bekerjasama dengan (SPRM) berhubung dakwaan rasuah bernilai lebih RM5 juta terhadap seorang Adun yang mempunyai hubung kait dengan kegiatan pembalakan di negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, sejak pemerintahan Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (bekas Menteri Besar Kelantan), Kelantan begitu terbuka dalam setiap isu yang dibangkitkan.
“Kalau sudah bawa kepada SPRM kita serah pada SPRM, kerajaan Kelantan terbuka, sejak dari zaman Tok Guru (bekas Menteri Besar, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) kita sentiasa terbuka.
“Kita akan memberikan kerjasama dan tidak akan melindungi mana-mana pihak sekiranya didapati terlibat, kerajaan negeri penuh integriti,” katanya kepada media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di sini, hari ini.
Sebelum ini satu aduan rasmi berkaitan dakwaan rasuah bernilai lebih RM5 juta terhadap Adun itu telah difailkan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) bersama wakil pengundi muda luar Kelantan.

Wakil pengundi muda luar, Mohd Afiq Ayob dipetik sebagai berkata, beliau yakin SPRM dapat menjalankan siasatan dengan bantuan 50 helaian dokumen yang menjadi bukti untuk menyelesaikan hampir separuh daripada kes ini.

Dokumen yang telah diserahkan kepada SPRM itu katanya terkandung atau menyatakan dengan jelas wujudnya transaksi melibatkan pembayaran wang kepada seorang Adun Kerajaan Negeri.

Turut disenaraikan ialah 'sumbangan' kenderaan Toyota Fortuner termasuk salinan perjanjian jual belinya, dan pembayaran perbelanjaan ke luar negara seorang exco negeri Kelantan.
"Dokumen tersebut turut mendedahkan mengenai 'sumbangan' RM32,000 berbentuk lembu korban ke kawasan seorang Adun kerajaan negeri, ‘sumbangan’ ‘tiles’ untuk lantai bagi ubah suai bernilai RM34,544.80 termasuk invoice penghantaran yang mana bilnya dibayar oleh sebuah syarikat yang terlibat pembalakan dan mendedahkan pembayaran melalui peguam bernilai RM1 juta. Dokumen berbentuk resit dan salinan cek disertakan," kata wakil SAMM.
Selain itu, dokumen tersebut turut mendedahkan mengenai satu dokumen pembayaran tunai atas nama sebuah anak Syarikat Kerajaan Negeri kepada seorang yang berpangkat Datuk.

Katanya, Datuk itu juga turut menggunakan alamat Istana Negara dengan pembayaran tunai bernilai RM150,000 yang tercatat baki bernilai RM4,850,000 (RM4.85 juta). Salinan cek pembayaran kepada seorang yang berpangkat Datuk bernilai RM1juta.
Categories:

2 ulasan:

  1. Itu semua adalah derma dari cinapek yang sangat ikhlas kepada Parti PAS kerana mengamalkan parti Islam.

    Kalau Najib boleh beri alasan wang USD 700 juta a.k.a. RM 2.63 bilion dalam akaun peribadinya sebagai derma untuk UMO, lepas tu tukar kepada derma untuk kerajaan pula kononnya sebab amalkan ahli sunnah wal jamaah dan untuk lawan IS bagai, maka ADUN PAS ni pun cara yang sama juga, tapi tak adalah sampai USD 700 juta a.k.a. RM 2.63 bilion, lebih kurang RM 5 juta saja.

    Najib dah jadi cikgu mengajar perkara tak tentu arah, dengan tok guru, alim ulamak, ustaz, ustazah dalam PAS pun dah kelabu mata dengan wang ringgit, perjuangan Islam konon, mentekedarah rasuah tu perjuangan Islam ke?

    Walaupun pun begitu tok guru besar ajaran CASH IS KING adalah Najib juga.

    Sedarlah semua.

    Salam perjuangan A Ba Ta,

    Ikhlas daripada,

    Abu Bakar

    BalasPadam
    Balasan
    1. A bu BA kar TA iiiiiik
      A da BA yar TA kkkk
      A da BA nyak TA k dedakk

      Padam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping