Jumaat, Disember 09, 2016

Jika difikirkan dengan akal yang waras, tiada sebab kenapa Pakatan pembangkang tidak boleh menumbangkan kerajaan Barisan Nasional didalam Pilihanraya ke 13 lalu, jika faktor sokongan di laman sosial serta sambutan penyokong ketika demonstrasi dan ceramah-ceramah mereka diambil kira.

Bayangkanlah, demonstrasi BERSIH yang bertujuan menggulingkan kerajaan pimpinan orang Islam di Malaysia ketika itu, mendapat sambutan yang sangat hebat dan dikatakan mencecah ratusan ribu penyokong Pakatan serta rakyat Malaysia.

Begitu juga dengan ceramah-ceramah serta beberapa siri jelajah di seluruh pelusuk negeri yang dianjurkan oleh gerombolan parti pembangkang. Diwar-warkan bahawa puluhan ribu rakyat dari serata ceruk kampung keluar berduyun-duyun mendengar ceramah mereka.

Di beberapa pilihanraya kecil pula, sambutan serta poster mengenai kempen pembangkang didakwa mendapat sambutan yang hangat berbanding kempen Barisan Nasional yang dilihat hanya tertumpu sekitar program-program bantuan kemasyarakatan sahaja.

Jadi mengapa Pakatan pembangkang yang diketuai oleh DAP sejak dahulu lagi sentiasa kalah di Pilihanraya umum, pilihanraya negeri dan beberapa kawasan semasa pilihanraya kecil? Adakah mereka hanya 'syok sendiri' dan menipu rakyat dengan fakta dan angka yang sengaja direka cipta?

Jika DAP benar-benar kuat dan juga lebih baik dari segala segi seperti yang Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng dakwa semasa Pilihanraya negeri Sarawak lalu, mengapa mereka dilihat semakin hilang sokongan dari rakyat?

Bekas Ahli DAP kawasan Taman Chai Leng, Shamsher Singh Thind menjelaskan bahawa punca sebenar DAP semakin hilang sokongan rakyat ialah kerana tiada kesepakatan dan juga rangka pentadbiran yang boleh meyakinkan rakyat.

Sebab itulah DAP dan Pakatan mustahil untuk menang di Pilihanraya Umum walau berapa kali sekalipun ditukar nama untuk mengaburi mata rakyat. Oleh yang demikian, Shamsher menggesa Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang bertanggungjawab serta meletakkan semua jawatan didalam parti DAP.

Menurut Shamsher, DAP harus melupakan hasrat untuk menawan Putrajaya sekiranya Guan Eng dan Kit Siang masih membiarkan kerusi milik DAP hilang sedikit demi sedikit dibeberapa pilihanraya sebelum ini.

Jelas disini bahawa DAP langsung tak mempunyai aura kepimpinan didalam menentukan hala tuju Pakatan Pembangkang. Mungkin itulah yang disedari oleh PAS dan menyebabkan mereka keluar dari gerombolan Pakatan.
Ahi Parlimen DAPigs Seputeh, Teresa Kok perlu melihat dirinya sendiri sebelum menuduh Senator yang baru dilantik, Khairul Azwan Harun atau lebih dikenali dengan nama panggilan Azwan Bro bersikap perkauman, kata Pemuda UMNO.

Ahli eksekutif Pemuda UMNO, Shahril Hamdan berkata, tindakan ahli Parlimen Seputeh yang hanya berdiam diri terhadap kenyataan rasis daripada rakan politiknya, membuatkan kritikan terhadap Azwan sebagai satu tindakan yang hipokrit.
“Kok tidak layak menuduh orang lain bersifat tidak seperti negarawan atau tidak layak menduduki kerusi di Parlimen. Kita boleh ingat video Tahun Baru Cina 2014 beliau yang mempersendakan sistem pendidikan Malaysia dan menghina pencerobohan Lahad Datu pada 2013 yang juga mengejek pemimpin tertinggi negara,” kata Shahril dalam satu kenyataan.
“Juga sikap berdiam diri terhadap kenyataan perkauman dan anti-Melayu berterusan oleh rakan partinya seperti Nga Kor Ming berhubung kata-kata ‘hitam metalik’ terhadap menteri besar Perak video skru orang Melayu oleh Superman Hew, atau tweet tidak sensitif Jeff Ooi terhadap Allahyarham Datuk Harun Din.”
Kok sebelum ini mempersoalkan pelantikan yang dibuat terhadap Azwan sebagai senator dengan memetik ucapan beliau yang didakwa bersifat “perkauman” semasa Perhimpunan Agung UMNO yang diadakan baru-baru ini.

Dalam ucapannya itu, Azwan Bro tampil memberikan amaran kepada Cina mengenai tindak balas yang mungkin mereka terima sekiranya mereka terus menolak Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang.

Bagaimanapun, Shahril mempertahankan pelantikan Azwan sebagai Senator dan mengatakan bahawa beliau mempunyai rekod yang baik dalam memperjuangkan isu - isu belia, khususnya dikalangan orang Melayu sebelum ini.
“Azwan memperjuangkan isu belia selama beberapa tahun dari dalam dan luar platform Umno. Oleh itu, beliau berhak menerima pelantikan itu dan bukti kepada usaha dan pencapaian beliau,” kata Shahril.
Shahril juga turut berhujah mengenai tindakan Kok yang mempersoalkan pelantikan Azwan itu juga bermakna dia mempersoalkan penilaian Yang DiPertuan Agong memandangkan kuasa melantik Ahli Dewan Negara adalah dibawah Tuanku.
“Memandangkan sejarah beliau yang tidak menghormati institusi di negara kita, saya tidak akan terkejut jika beliau sama ada tidak mengetahui, atau prihatin tentang, implikasi kenyataannya,” kata Shahril.
“Kok tidak bersuara menentang kerajaan negeri Pulau Pinang yang mengamalkan institusi, struktur dan sistematik perkauman melalui dasar diskriminasi terhadap orang Melayu di Pulau Pinang. Contohnya termasuk perobohan gerai penjaja Melayu di Teluk Bahang dan pengusiran penduduk Melayu di Kampung Mutiara.”
Dalam masa yang sama, Teresa Kok juga turut mendiamkan diri apabila ada dikalangan pemimpin DAPigs seperti Hew Kuan Yew yang mengeluarkan kenyataan kurang ajar terhadap orang Melayu sewaktu Pilihan Raya Negeri Sarawak sebelum ini.

Apa yang jelas, komen Si Teresa Kok terhadap perlantikan Azwan Bro itu bukan sahaja membuktikan sifat Dwi-Standard yang diamalkan oleh DAPigs, bahkan tuduhan Si Teresa Kok itu hanya sekadar mahu menyemai sifat kebencian dikalangan rakyat terhadap orang Melayu secara terang - terangan!!!
Dah serupa macam orang Gila Talak. Walaupun parti Ternakan DAPigs tu mendakwa kononnya PAS ni parti yang kian terpinggir, tapi kenapa masih ada lagi dikalangan pemimpin puak Pakatan tu yang kemaruk nak mendapat sokongan PAS?

Kalau PAN terasa diri mereka hebat sangat, kenapa tak teruskan sahaja perjuangan mereka? Kenapa masih ada lagi pemimpin PAN seperti Si Din Pudu ni yang kemaruk dengan keputusan yang dibuat oleh PAS? Kan nampak tak masuk akal tu?

Apa yang jelas, kenyataan Si Din Pudu ni membuktikan bahawa PAN masih tidak dapat meneruskan kehidupan Politik mereka walaupun sudah agak lama dia mengambil tindakan meninggalkan PAS setelah tewas dalam pemilihan parti itu sebelum ini.

Dalam kenyataan yang dibuat oleh Si Din Pudu tu, dia mendakwa yang PAS pada ketika ini sedang mengalami krisis keyakinan dan berada diambang perpecahan dikalangan ahli dan menunggu masa untuk terus tenggelam dari arus Politik tempatan.
“Dan hari ini keyakinan ahli PAS kepada kepimpinan mereka sangat kritikal kerana sikap tidak menentu kepimpinan yang dilihat semakin cenderung kepada Barisan Nasional (BN).
“Jadi saya rasa PAS hanya menunggu saat perpecahan dan akan menjadi parti terpinggir daripada arus politik perdana dalam masa terdekat,” katanya ketika dihubungi FMT hari ini.
Tapi realitinya, PAS kini masih lagi menjadi rebutan dikalangan parti Pakatan Haprak tu sendiri. Terutamanya PKR dan PPBM. Jika tidak, kenapa Pengerusi PPBM sebelum ini memberikan 'Kata Dua' kepada PAS untuk bergabung dengan Pakatan?

Dan kenapa sehingga ke hari ini, pemimpin PKR masih tidak berani nak bersuara dan menyatakan pendirian mereka dengan tegas serta memutuskan hubungan kerjasama Politik dengan PAS diperingkat pentadbiran Rejim Pakatan Selangor?

Tambah pulak, PAN serta DAPigs yang acap kali menyerang kepimpinan PAS itu juga sering kali dilihat cuba nak memujuk PAS agar bersama - sama dengan Pakatan untuk menumbangkan Barisan Nasional dalam Pilihan Raya yang akan datang.

Tidakkah semua tindakan itu membuktikan bahawa PAS masih mempunyai pengaruh diperingkat akar umbi dan sekaligus membuktikan bahawa mereka masih lagi kekal relevan dalam arus Politik tempatan? ATAU, adakah itu pun Si Din Pudu tu cuba nak menafikannya?

Pokok pangkalnya, kepimpinan PAN sendiri tidak yakin dengan kemampuan parti mereka untuk meneruskan perjuangan dalam arena Politik di Malaysia. Maka sebab itu pemimpin PAN seperti Si Din Pudu ni dok sibuk menghasut ahli PAS agar bertindak meninggalkan parti itu secara terang - terangan!!!
Pertemuan rasmi antara Pakatan Harapan dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) 13 Disember ini bakal menentukan sama ada PAS akan terus bekerjasama dengan PKR dan PPBM, menurut pemerhati politik.

Ia juga akan menyerlahkan pengaruh Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang sebelum ini memberikan PAS tarikh akhir untuk mengesahkan jika ia mahu bekerjsama dengan pembangkang lain.

Permerhati berpandangan Dr Mahathir, yang sebelum ini secara terbuka menyokong PPBM menyertai Pakatan Harapan, dijangka akan memutuskan hubungan PPBM dengan PAS.

Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin, sebelum ini beberapa kali meluahkan keyakinan PAS akan turut serta dengan pembangkang lain memastikan pertanding satu lawan satu menentang Barisan Nasional (BN) bagi memberikan peluang lebih cerah kemenangan pembangkang.

Pemerhati juga beranggapan PKR akan mengambil langkah sama memutuskan hubungan dengan PAS, sekiranya Presiden, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail mempunyai pengaruh.

Pemerhati politik Mohd Sayuti Omar berkata, hubungan PAS-PPBM dan PAS-PKR akan terputus dengan rasminya selepas PPBM menyertai Pakatan Harapan (PH) selepas pertemuan mereka 13 Disember ini. Malah, Sayuti yakin PAS akan bersama Umno selepas itu.

Menurutnya, PAS akan memutuskan hubungan dengan PPBM dan PKR kerana kedua-dua mengadakan kerjasama rasmi dengan DAP dan Amanah.
“Ekoran itu, saya jangka akan berlaku sedikit perpecahan dalam PAS dan sebahagian pemimpin PAS akan tidak aktif lagi, termasuk Iskandar Samad,” kata Sayuti, merujuk naib presiden dan Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Iskandar Samad yang sebahagian Exco Selangor.
Sebelum ini, Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyudin Hassan berkata PAS akan hanya bekerjasama dengan PPBM dan PKR sekiranya mereka tidak bekerjasama dengan DAP dan Amanah.

Ahli Majlis Tertinggi PPBM, Zahid Mat Arip pula menaruh harapan besar kepada pertemuan minggu depan itu, supaya keputusan dibuat demi kepentingan rakyat.
“Saya berharap semua pemimpin yang hadir dalam pertemuan bersejarah ini datang dengan kepala dingin dan berjiwa besar serta dengan dada terbuka,” kata Zahid yanh juga cucu bekas timbalan perdana menteri, Tun Ghafar Baba.
Zahid yang mempunyai sejarah tersendiri dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap semua pihak dapat mengambil kira kehendak rakyat ketika membuat keputusan.
“Saya harap mereka dapat ambil kira kehendak rakyat yang dahagakan kerajaan yang bersih, kukuh dan stabil seperti zaman Tun Dr Mahathir dahulu,” kata Zahid yang pernah menerajui sebuah kumpulan pendesak menentang Anwar bernama “Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim” atau Tibai.
Zahid antara pemimpin PPBM yang tidak senang dengan sikap PAS sejak kebelakangan ini termasuk Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin.
“Saya meminta Hashim jelaskan, apakah PAS boleh memimpin dan dominan ketika bekerjasama dengan Umno dalam sebarang isu?
Sebelum ini, Hashim berkata PAS perlu jadi pemimpin dalam sebarang kerjasama. Zahid turut kesal dengan sikap Takiyudin yang tidak mahu PPBM bekerjasama dengan DAP dan Amanah.
“Saya nak minta Takiyudin suluh muka dia dulu. Siapa yang bekerjasama dengan DAP dan Amanah dalam kerajaan negeri Selangor sekarang?” soal beliau.
Beliau mengingatkan Takiyudin, ahli DAP antara pihak yang mengibarkan bendera PAS dalam beberapa pilihan raya yang lalu, dan oleh tidak perlulah keras sangat dengan mereka.
Hek eleh!!! Memang pelik betul tengok perangai puak - puak PAN ni. Entah menda la yang dok bersabut sangat dalam kepala otak diorang ni gamaknya. Penuh sawang ke otak pemimpin PAN ni? Apa yang diorang nak pun diorang sendiri keliru.

Kalau selama hari ini, diorang jugak yang sibuk dok menjaja cerita memburukkan PAS kononnya parti itu sekarang ni dah jadi 'Barua UMNO' kerana melihat 'Kemesraan' yang ditonjolkan oleh pemimpin kedua - dua parti itu sejak kebelakangan ini.

Diorang jugak yang dok selalu tuduh PAS ni sebagai sebuah parti Pengkhianat kerana sanggup membelakangi konsensus dalam Pakatan hanya semata - mata kerana PAS enggan tunduk dan akur dengan segala kehendak puak DAPigs.

Malah, pemimpin PAN ni juga sering kali mendabik dada membuat dakwaan kononnya diorang mampu untuk berdiri diatas kaki sendiri tanpa memerlukan sokongan serta dokongan dari PAS. Tapi tindakan yang ditonjolkan adalah sebaliknya.

Kot kalau PAN rasa diorang mampu untuk mendapat pengaruh dari kalangan rakyat, menda kejadahnya lagi diorang dok memperlekehkan PAS secara terbuka dan mempersoalkan kenapa PAS enggan berunding dengan puak Pakatan tu?

Kan nampak sangat IRONIKnya pendirian puak PAN ni apabila Setiausaha Agungnya sendiri tampil membangkitkan persoalan tersebut secara terbuka dan mempertikaikan pendirian PAS mengenai isu berkaitan kerjasama Politik dengan Pakatan.

Dalam satu kenyataan yang dibuat semalam, Setiausaha Agung PAN itu berkata, pemimpin PAS mungkin terkeliru dengan pemahaman terhadap slogan 'Politik Matang' yang sedang menjadi dasar baru kepada parti itu sejak akhir - akhir ini.
"Empat parti ini sudah menunjukkan sikap untuk bersama. Yang lain boleh datang kemudian. Kami bukan golongan keras kepala, samseng, boleh bersama. Tetapi kena ada jangka masa.
"Waktu Zohor ada masanya, habis Zohor masuk Asar. Kita tak boleh tunggu. Cukup masa kita kena teruskan. Setakat ini empat parti sudah bersedia," katanya di sidang media Pakatan Harapan (PH), petang tadi.
Andai kata PAN dan parti lain dalam Pakatan tak perlu tunggu PAS untuk membuat keputusan, apa kejadahnya lagi diorang dok sibuk bercerita buruk pasal PAS ni? Seumpama dua pasangan yang baru lepas bercerai, tapi PAN ni Gila Talak!!!

Dari satu sudut, kenyataan yang dibuat oleh Setiausaha Agung PAN ni secara terbuka membuktikan bahawa parti itu GAGAL untuk bergerak ke hadapan tanpa sebarang sokongan mahupun dokongan dari PAS. Nak juga diorang heret PAS sekali.

Dalam erti kata lainnya, PAN dan Pakatan Haprak tu yakin bahawa mereka tidak yakin pada kemampuan mereka untuk 'Move On' dengan apa yang ada pada mereka pada ketika ini. Keadaan itu secara tidak lansung mengiktiraf bahawa PAS ni masih sebuah parti yang relevan dalam arus Politik tempatan!!!

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping